I made this widget at MyFlashFetish.com.

25.7.12

Jangan pandang rendah tehadap nasyid


Pada suatu masa dahulu, ada seorang hamba yang selalu leka dan asyik dengan dunianya..Sibuk mengejar dan meneguk nikmat2 dunia yang sementara… jauh sekali sering mendendangkan kalam2 Allah… sehinggalah suatu hari… si hamba ini membuka MP3 di handsetnya… sedang tangan ligat memutarkan lagu2 “keduniaan”… tiba2, kedengaran suatu lagu yang mengusik jiwanya…


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

(Wanita - De Hearty)

Hmm.. lantas terlintas di hati hamba tersebut… layakkah aku disanjung seperti ‘wanita itu’?... jauhnya diri dengan ‘wanita istimewa acuan al-Quran’ itu….. masih leka dengan nikmat dunia yang entah sebentar lagi bakal berakhir….mana mungkin diri dikatakan “hiasan dunia yang terindah”…. Melihat manisnya akhlak wanita2 muslimah di sebuah group di muka buku, lantas mengerakkan kaki hamba tersebut untuk berani berubah….. Ya, suatu perubahan ‘drastik’ yang bakal mengemparkan orang2 di sekelilingnya… bukan demi menjadi seperti ‘wanita istimewa’ itu, tapi hijrahnya kali ini adalah sebagai ‘ucapan terima kasih’ atas  Khalidnya yang tak henti2 memberikan nikmat kepada dirinya, namun amat sedikit dia bersyukur… kalau bukan sekarang, bila lagi?



Melihat rupa baru di cermin kaca membisikkan suatu kata2… hamba itu berkata : “Akukah insan di sebalik cermin itu? Allahurabi…. Layakkah aku seperti ini?”

Syukur ALLAH menguatkan hati hamba tersebut untuk istiqomah dalam pemakaiannya… namun, dirinya masih perlu berani untuk ‘terjun’ ke ladang2 ilmu sebagai bekalan sepanjang perubahan… tak kala kaki melangkah ke ‘dunia baru’ di samping sahabat2 baru… ALLAH telah membukakan jalan kepada hamba tersebut…. Hadirnya sahabat2 yang bukan hanya mahu berukhwah di dunia, bahkan juga di akhirat sana… bagaikan anak kecil yang masih hingusan dalam pencarian mencari ilmu sebagai amalan, hamba tersebut menerima suatu ‘amanah’ yang amat berat di bahunya… suatu misi yang entah mampu dia laksanakan… misi untuk mengembalikan Islam dalam diri manusia-manusia yang lainnya! Ya, seperti mana ALLAH telah mengembalikan Islam di dalam dirinya menerusi lagu-lagu nasyid yang sering didengari olehnya di MP3 handsetnya dulu…. Mampukah hamba yang masih mencari sinar Islam dan iman itu menggalas amanah yang maha berat tersebut?

Kadang2 hamba tersebut rebah dalam pengislahannya…, tapi ALLAH menguatkannya dengan kata2 penawar duka dalam al-Qurqan…

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman".                                                                            

(al-Imran : 139)




Lantas hamba tersebut cekalkan hati dan merima amanah tersebut sebagai rasa cinta dan kasih sayang Khalid kepada dirinya…, benar dia jugalah yang memohon cinta yang sebanar cinta daripada Khalidnya… tika Khalidnya memghulurkan cinta dengan sepenuh kasih sayang, masakan dia mahu menolak? Sungguh dia tidak tergamak menjadi hamba yang kufur.. meneguk nikmat tanpa berjasa!


berukhwah atas dasar perjuangan yang bermatlamatkan ALLAH SWT,
Rasulullah SAW sebagai suri teladan,
Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan,
Mati sebagai syuhada merupakan cita-citanya yang tertinggi kini.


Tiada siapa menyangka, dengan hanya sebuah alunan lagu nasyid, mampu membawanya untuk berhijrah. Hijrah atas satu tujuan => mengapai keredhaan dan cinta ALLAH… Dan siapa sangka, jalan yang ALLAH tunjukkan kepadanya untuk tetap istiqhomah ialah jalan PERJUANGAN… kuasa ALLAH, tiada siapa yang mampu menghalangnya…




#Apabila melihat kepada orang yang masih leka dengan dunia dan asyik melakukan maksiat.. pesan pada diri.. :  “Tiada orang baik yang tiada masa silam, tiada orang jahat yang tiada masa hadapan”.. sesungguhnya hati ini dan hati dia, milik ALLAH… bukan “hatimu hatiku”… di mana bermulanya kita, walau sebaik mana, belum tentu pengakhiran hidup kita juga begitu…. Ingat~ jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain.. pesan pada diri. Hari-hari. Berjalanlah tanpa henti…



21.7.12

belajar terima teguran



Bukan senang nak terima teguran daripada orang lain. Yang paling sukar ialah menurunkan ego dan menerima teguran itu berpunca daripada kesilapan diri sendiri sebenarnya. Allahurabi.

Ramai orang yang terlupa bahawa, teguran daripada manusia itu sebenarnya teguran daripada ALLAH. ALLAH SWT mahu menyedarkan kita dengan khilaf yang dilakukan lalu didetikan dalam hati orang yang menegur kita. Kita bukanlah nabi dan rasul yang ALLAH bagi wahyu kepada kita, oleh sebab itulah ALLAH bagi kekuatan kepada orang-orang yang mulia hatinya untuk menegur kesilapan kita supaya kita berubah menjadi baik. Baik atau kasar teguran yang diterima, yakinlah bahawa ia datangnya daripada ALLAH. Tak ada suatu pun perkara yang berlaku dalam dunia ini, tanpa pengetahuan-NYA.

Alhamdulillah, baru2 ana telah ditegur oleh seseorang. . . atas sebab ana telah 'terlanjur' meletakkan gambar yang agak 'daring' (ke?) hm.. yang apabila ana fikir2kan balik, memang tak patut pun ana letak gambar macam tu.. meskipun ada keperluan mendesak untuk ana letakkan gambar, tapi ana mungkin tersalah meletakkan gambar... Allahurabi.

Ana nak ceritakan sedikit tentang teguran yang ana terima, atau lebih tepat lagi penerimaan ana terhadap teguran tersebut. Benarlah orang cakap, bukan senang sebenarnya kita nak rendahkan sedikit ego kita, pada mulanya, ana berlapang dada dengan teguran tersebut..tapi al-maklumlah apabila kita sengsorang ni, dan asyik fikir perkara yang sama, syaitan pun takkan lepaskan peluangnya untuk menghasut hamba2 yang lemah macam ana ni...ALLAH..khilaf sendiri sebenarnya yang membiarkan diri dikuasai oleh emosi dan syaitonnirajim -.-'

Sehari dua, diri masih lagi 'ego' untuk menerima teguran, ditambah pula dengan sedikit ujian di kala itu, membuatkan emosi ni rasa tak seimbang.. benda baik nampak buruk.. ala, nak pertahankan diri tu betul lah tu... ego je lebih =P

sehinggalah pada suatu hari, sedang ana dok belek2 buku yang ana packing masa balik kampung, terjumpa majalah Solusi dengan tajuk besarnya 'Pasrah dengan Istikharah' . . ana selak punya selak, sampailah satu artikel yang bertajuk 'Gambar Kita Tanggungjawab Kita'.. okeh, kalau tengok tajuk pun...hmm..ana terfikir macam ni 'ni mesti nak kena batang hidung ambe ni'

totaly true ! ana baca dari awal sampai habis.., memang kena dengan situasi ana... antara yang ditulis dalam artikel tersebut ialah.. yelah, kadang2 tu, kita fikir tujuan kita ni hanyalah untuk tugas2 profesional, in case nak orang kenal supaya mudah orang nak jumpa di luar atau masa kampus.. (sekiranya kita ada jawatan di kampus yang melibatkan urusan dengan student lain), ataupun ada juga pendapat2 orang yang mengatakan gambar2 tersebut akan membuka ruang kepada muslimat2 lain untuk berubah ke arah Islamik (disebabkan gambar2 yang diambil ialah gambar puteri2 bertudung labuh yang menyejukkan mata yang memandang).... Tak ! Tak! ana tegaskan, sebenarnya, kalau antum nak tahu, lebih besar musibah daripada manfaat yang bakal terjadi. Okeh, pandangan yang kedua, if letak gambar2 Islamik, bertudung labuh (dan menampakkan muka), muslimat akan terbuka hati untuk berubah, yup. memang tak dinafikan boleh juga terjadi hal yang demikian, tapi, perkara tu semua assumption kita je kan? walhal pemberi hidayah ialah ALLAH, bukan kita. Kalau kita sekadar meletakkan kata2 motivasi tanpa gambar sekalipun, namun terkesan di hati dan terdetik di hati mereka untuk berubah dengan hidayah yang ALLAH berikan, mereka tetap akan berhijrah juga. Bukan sebab gambar2 kita tu diorang berubah. Ok?

Cuma bayangkan kalau... kita letak gambar tu, ada orang ambil gambar kita dan edit... baru2 ni banyak gambar2 muslimah yang 'dicuri' dari muka buku dan diedit ke gambar porno di mana muka tersebut ialah muka kita, tapi badannya ialah badan orang lain. Allahurabi... menakutkan sebenarnya =.=! ada jugak teknik2 terkini yang dapat membogelkan gambar tersebut (ana pun tak pasti macam mana teknik tu, tapi ana pernah baca tentangnya).. Ya Allah... apabila ana fikir2 balik, ana sangat sedih.. sedih dengan diri ana sendiri, sedih sebab telah membukakan risiko untuk ana dianiaya sedekimian, sedih sebab ana terlalu ego menerima kesalahan diri sendiri... sedih dengan tindakan ana yang tak profesional menayangkan gambar di muka buku yang boleh diakses di seluruh dunia... malunya ana dengan ALLAH... sedangkan ALLAH dah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah yang terdahulu. Dirikan solat, tunaikan zakat dan taatilah Allah dan Rasul-NYA. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, wahai ahl al-bait (isteri-isteri Rasulullah) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."


Begitu indahnya aturan ALLAH yang sangat mengangkat kemuliaan seorang wanita itu. Demi menjaga kesucian dan kemuliaan kita, ALLAH perintahkan kita supaya menjaga diri, jangan bertingkah laku macam orang2 jahilah zaman dahulu yang tidak segan silu mempamerkan diri di hadapan muslimin.



Ukhtiku sayang.., sedarlah bahawa, ALLAH ciptakan kaum hawa ni memang cukup cantik. Kita mungkin rasakan kita tidak secanti orang lain, tapi yakinlah bahawa apa sahaja yang ALLAH ciptakan sebenarnya cukup2 cantik.. dan cantik tu sebenarnya berbeza pada setiap pandangan kita. Apa yang awak nampak cantik di mata awak, belum tentu saya nampak ia cantik di mata saya. Oleh itu, cukup2lah cantik itu disembunyikan... kerana dasarnya sesuatu yang cantik itu sangat mahal dan berharga, selalu menjadi rebutan dan diingini oleh ramai orang... jadi, pilihlah sama ada kamu mahu menjadi 'barang' yang cantik mudah dimiliki tetapi disanjungo sementara ia masih cantik, ataupun barang cantik yang sukar dimiliki dan dihargai setiap saat ... wallahu'alam.

ana orang yang akan berpegang kepada teguran selalunya, apabila ana sedar itu kesilapan ana, insya-ALLAH ana akan cuba perbetulkan dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Bersyukur kerana disedarkan dengan kesilapan tersebut. Doakan semoga ana tidak megulangi kesilapan yang sama dan istiqomah =)