Pada suatu masa dahulu, ada seorang hamba yang selalu leka
dan asyik dengan dunianya..Sibuk mengejar dan meneguk nikmat2 dunia yang
sementara… jauh sekali sering mendendangkan kalam2 Allah… sehinggalah suatu
hari… si hamba ini membuka MP3 di handsetnya… sedang tangan ligat memutarkan
lagu2 “keduniaan”… tiba2, kedengaran suatu lagu yang mengusik jiwanya…
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
(Wanita - De Hearty)
Hmm.. lantas terlintas di hati hamba tersebut… layakkah aku
disanjung seperti ‘wanita itu’?... jauhnya diri dengan ‘wanita istimewa acuan
al-Quran’ itu….. masih leka dengan nikmat dunia yang entah sebentar lagi bakal
berakhir….mana mungkin diri dikatakan “hiasan dunia yang terindah”…. Melihat
manisnya akhlak wanita2 muslimah di sebuah group di muka buku, lantas
mengerakkan kaki hamba tersebut untuk berani berubah….. Ya, suatu perubahan
‘drastik’ yang bakal mengemparkan orang2 di sekelilingnya… bukan demi menjadi
seperti ‘wanita istimewa’ itu, tapi hijrahnya kali ini adalah sebagai ‘ucapan
terima kasih’ atas Khalidnya yang tak
henti2 memberikan nikmat kepada dirinya, namun amat sedikit dia bersyukur…
kalau bukan sekarang, bila lagi?
Melihat rupa baru di cermin kaca membisikkan suatu kata2… hamba
itu berkata : “Akukah insan di sebalik cermin itu? Allahurabi…. Layakkah aku
seperti ini?”
Syukur ALLAH menguatkan hati hamba tersebut untuk istiqomah
dalam pemakaiannya… namun, dirinya masih perlu berani untuk ‘terjun’ ke ladang2
ilmu sebagai bekalan sepanjang perubahan… tak kala kaki melangkah ke ‘dunia
baru’ di samping sahabat2 baru… ALLAH telah membukakan jalan kepada hamba
tersebut…. Hadirnya sahabat2 yang bukan hanya mahu berukhwah di dunia, bahkan
juga di akhirat sana… bagaikan anak kecil yang masih hingusan dalam pencarian
mencari ilmu sebagai amalan, hamba tersebut menerima suatu ‘amanah’ yang amat
berat di bahunya… suatu misi yang entah mampu dia laksanakan… misi untuk
mengembalikan Islam dalam diri manusia-manusia yang lainnya! Ya, seperti mana
ALLAH telah mengembalikan Islam di dalam dirinya menerusi lagu-lagu nasyid yang
sering didengari olehnya di MP3 handsetnya dulu…. Mampukah hamba yang masih
mencari sinar Islam dan iman itu menggalas amanah yang maha berat tersebut?
Kadang2 hamba tersebut rebah dalam pengislahannya…, tapi ALLAH
menguatkannya dengan kata2 penawar duka dalam al-Qurqan…
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman".
(al-Imran : 139)
Lantas hamba tersebut cekalkan hati dan merima amanah
tersebut sebagai rasa cinta dan kasih sayang Khalid kepada dirinya…, benar dia
jugalah yang memohon cinta yang sebanar cinta daripada Khalidnya… tika
Khalidnya memghulurkan cinta dengan sepenuh kasih sayang, masakan dia mahu
menolak? Sungguh dia tidak tergamak menjadi hamba yang kufur.. meneguk nikmat
tanpa berjasa!
berukhwah atas dasar perjuangan yang bermatlamatkan ALLAH SWT,
Rasulullah SAW sebagai suri teladan,
Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan,
Mati sebagai syuhada merupakan cita-citanya yang tertinggi
kini.
Tiada siapa menyangka, dengan hanya sebuah alunan lagu
nasyid, mampu membawanya untuk berhijrah. Hijrah atas satu tujuan =>
mengapai keredhaan dan cinta ALLAH… Dan siapa sangka, jalan yang ALLAH
tunjukkan kepadanya untuk tetap istiqhomah ialah jalan PERJUANGAN… kuasa ALLAH,
tiada siapa yang mampu menghalangnya…
#Apabila
melihat kepada orang yang masih leka dengan dunia dan asyik melakukan maksiat..
pesan pada diri.. : “Tiada orang baik
yang tiada masa silam, tiada orang jahat yang tiada masa hadapan”..
sesungguhnya hati ini dan hati dia, milik ALLAH… bukan “hatimu hatiku”… di mana
bermulanya kita, walau sebaik mana, belum tentu pengakhiran hidup kita juga
begitu…. Ingat~ jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain.. pesan
pada diri. Hari-hari. Berjalanlah tanpa henti…
No comments:
Post a Comment