I made this widget at MyFlashFetish.com.

27.5.12

~Terima Kasih Ustazah~

the sweet moment is when your student call you "cikgu" , but the precious moment to me is when someone call me "ustazah" ^_^

Subhanallah. . .  betapa bahagianya rasa hati ni dapat gelaran tuu.... sepanjang balik dari kem, asyik tersenyum jee... hehe. . . walaupun kadang-kadang rasa diri ni tak layak, tapi . . . memang rasa bahagia sangat andai panggilan "ustazah" tuu jadi kenyataan.... =) insya-ALLAH . . . rasanya panggilan tuu lagi sweet daripada panggilan "cikgu" yang selama ni ana teringin nak dengar anak-anak murid panggil... memang pengalaman selama setengah hari ni walaupun sekejap, tapi bawa banyak kenangan manis dalam hidup. . .

Vanue:  D'Memori Gertak Sanggul, Penang.
Date  :  27 Mei 2012



                               




game : radio buruk. . 
pandai betul main tipu anak-anak murid ustazah ni.. (-_-")



nama : Muhammad
cita-cita : Ustaz (^_^)
insya-ALLAH ustazah doakan agar Muhammad jadi seorang ustaz suatu hari nanti =)


sangat comel budak ni. . . walaupun yang paling kecik , tapi menang dalam acara 
tarik tali.. kecik-kecik cili api ni =)


group Ustazah (^_^)


majlis ilmu kali ni, muslimin mendominasi kem =) Alhamdulillah...







last but not least...





the very PRECIOUS things that i had in this university is....


seikhlas hati =)

" PMIUSM.... We Love, We Care ! "




















7.5.12

Ingat Pesan Mak

"belajar rajin-rajin"

Dua patah perkataan yang selalu menghantar dia bersama-sama sebuah beg yang disandang. Bukan dia tak ingat pesan mak, bahkan setiap kali mak hantar dia balik ke universiti selepas cuti sem, ayat itu yang diulang oleh mak. Belajar rajin-rajin. kadang-kadang akal jahat tu tertanya-tanya jugak, "mak, ade ke orang cakap : belajar malas-malas?" hehehe. . .  sejenak cuma. kemudian dia beristighfar.. "ish. . . tak baik fikir mak macam tu, mak betul-betul nak aku belajar sungguh-sungguh ni. . .  mak mesti tak sabar nak datang raikan aku masa hari grad. . .  aku MESTI belajar rajin-rajin ! ! ! " 




Yeah . . . itu janjinya sewaktu melangkahkan kaki ke menara ilmu ini. Segar pesanan mak setiap pagi. Dia nak jadi anak yang solehah, nak berjaya dunia dan akhirat. Insya-ALLAH. 

Tapi. . . 

ternyata kehidupan di menara ilmu ni bukanlah sekadar menuntut ilmu, macam yang disangkanya. Sebelum dia menjejakkan kaki ke sini pun dia sudah mula sedar akan pentingnya dia untuk kembali kepada Islam. Mungkin dulu dia jahil , nama je orang Islam katanya. . . yang dia tahu, solat lima waktu jangan sesekali tinggal..!

memang hidup sebagai seorang muslim sejati itu tak terhenti setakat itu sahaja , bila dia mula melibatkan diri dalam gerak kerja Islam, dia mula sedar, dia masih punya banyak tanggungjawab di menara ilmu ini. Melihatkan masyarakat yang hanyut entah ke mana, menyebabkan masa belajarnya sudah mula dicuri sedikit demi sedikit. Sekarang belajar bukanlah tanggungjawab tunggalnya. Masih banyak lagi tanggungjawab untuknya di muka bumi ni. 

Masih ingat akan kata seseorang kepadanya : " seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah itu, tergalas baginya tanggungjawab untuk berdakwah"

dan ayat ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dialah orang itu ! Orang yang Allah SWT pilih untuk serta dalam misi perjuangan ini.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-taubah :71)

Semangat jihadnya tinggi. Dia ingin sekali mencapai keredhaan ILLAHI. . .  Subhanallah . . .

Tapi sedar tak sedar , dia semakin lupa akan pesan ibunya. . . 

keputusan semakin merosot. . .  Ya, bukan salah gerak kerja yang dilakukannya, tapi dia sedar salah dirinya yang terlalu leka sehingga mengabaikan pelajarannya . . 

Ayuh , bangkitkan semangat jihad itu semula ! Jihad dalam gerak kerja, jihad dalam pelajaran ! kedua-duanya penting... !!