I made this widget at MyFlashFetish.com.

22.11.12

Dialog ana enti :)

COUTION : Entry ini hak milik asal kepunyaan Dr.Cinta Punye Belog :)


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Di satu malam yang hening di Malaysia, ada seorang ukhti sedang me-mesej sahabatnya di Cairo~ 



[Apresiasi] Belajar erti SABAR

Dimulakan dengan lafaz memuji nama Allah...


Ukhti 1: Ukhti, ana selalu ada masalah hati, kenapa ye?


Ukhti 2: Enti ada masalah hati yang macam mana? Antara hati enti dengan seorang ukhti, atau antara hati enti dgn seorg akhi, atau hati sahaja tanpa melibatkan sesiapa ? =)


Ukhti 1: Entahlah ukhti, ujian hati dirasakan bertubi-tubi menghentam diri. Hati telah terlanjur mengkagumi seorang muslimin yang dirasakan memang sangat tidak mungkin menjadi milik diri. kesannya, diri sendiri yang merana, menanggung beban perasaan.


Ukhti 2: Subhanallah, syukrulillah! Sebenarnya satu nikmat bila kita jumpa dan terkesan dengan qudwah dari orang-orang yang soleh/solehah =) Setuju. Memang susah nak lupakan, sebab nak ditakdirkan jumpa dengan rajulun soleh juga bukan mudah. Sekali kita tertarik dengan qudwahnya, bagaikan satu anugerah dari Allah , kan =)


Bagus bila enti ingatkan yang kita perlu YAKIN yang Allah sedang aturkan seseorang yang jauh lebih baik dan serasi. Dan Insha-Allah kita YAKINI juga yang Allah hendak melatih kita SABAR...
Perasaan cinta yang menyinggah di hati,atas anugerah ALLAH, dan bila dapati dia bersama dengan orang lain, juga atas iradah ALLAH. Dan bila kita terasa kecewa, juga satu didikan dari ALLAH.


'Sabar', memang mahal enti. Sabar, bukan sekadar untuk musibah, dalam nikmat pun kena sabar. Sebab tu Allah ungkapkan dalam Al-Quran yang'fasabrun jamil - sabar itu cantik'. Sebab nak mendidik hati sabar, bukan mudah.


Kita sama-sama, percaya, ini sebagai satu tarbiyyah dari Allah, mengajar kita erti Sabar. Sama-sama kita yakin, ni satu persediaan sebelum kita membina baitul-muslim yang kita dambakan.


Definasi baitul-muslim sendiri, bukan sekadar mukminah solehah berkahwin dengan rajulun soleh. Tapi, baitul muslim betul2 terdiri bila kita mengurus diri dan pasangan, keluarga dengan biah/suasana islamiyyah. Dan dalam kita nak URUS juga, bukan perkara mudah. Sebab kita berurusan dengan suami yang berperasaan/emosi, anak-anak yang juga punya emosi.. semua perkara ni menuntut jiwa isteri, ibu, wanita yang kental..


Contohnya, katakan, ALLAH nak uji kita suami-isteri dan nak tengok kesungguhan kita bina baitul muslim, maka Allah datangkan orang2 pendengki di dalam cinta kita dan suami. Tak boleh tidak, kita perlu tangani parasit pendengki dengan sabar kan. Nak didik anak-anak di era yang mencabar hari ni, juga memerlukan bekalan sabar kan.


Ini didikan istemewa dari Allah, enti =) sama ada kita sabar merelakan dia pergi dari bermain di hati, juga sama ada kita sabar menunggu tibanya janji Ilahi.


Janji-Nya, akan hadir rajulun soleh dalam kehidupan kita ♥ di saat Allah tahu, kita memang dah siap sedia jiwa raga membina baitul muslim dan bidadari istimewa buat si 'dia'.


Allahu-akbar... tarbiyyah Allah memang sangat halus. Sangat halus.



Ukhti 1: Ana selalu diuji dengan soal hati begini; nampak luaran je ana gembira tapi dalaman? hmmm, Allah benar-benar hendak menguji diri ana. Terima kasih enti sebab bagi motivation dekat ana. =')


Ukhti 2: Insha-Allah, my shoulder is to be lean on ;) we keep on helping each other in goods and taqwa ea. Siiru 'ala barakatillah, enti -burulah keberkatan Ilahi- Semoga dalam pemburuan cinta Ilahi, ditakdirkan bertemu cinta sejati. Yakini iradah Allah =)


Ukhti 1: Insha-Allah ana sedang upgrade cinta kepada DIA dulu, Insya-Allah akan datang yang terbaik untuk ana~ =)


Ukhti 2: Insha-Allah :) biidznillah, moga ketemu yg terbaik. Insha-Allah enti. Take care tau ♥
احفظ اللّه يحفظك =)



p/s: ukhuwah itu indah, walau jauh di mata tapi dekat di hati, kadang-kadang meminta pandangan daripada mereka akan membuatkan hati lebih tenang dan menerima takdir~ =)

20.11.12

ini bukan belog cinta

Salam to all reader..~~

ececeh.. buat macam banyak readersss yang dok baca belog ni =,=

-----------------------------------------------

Bismillahirahmanirahiim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



 lagu konstantinopel
(klik kilik ^_^ )









Ini bukan belog jiwang, namun ini merupakan sebuah belog perjuangan. Pernah sekali penulis ditanya oleh beberapa orang pembaca, kenapa address belog ini 'bersaksi cinta di atas cinta'? tak ke bunyinya macam jiwang2 je? ini belog cinta ke?

isk... isk... sabar2... hmm bagi menjawab segala persoalan tersebut, penulis mengambil keputusan untuk menerangkan ia di dalam entry pada kali ini.

Sebelum tu, penulis ini menjelaskan tentang definisi cinta dalam konteks apa yang penulis ingin sampaikan di sini... Cinta menurut penulis adalah sesuatu yang tunggal hanya kepada ALLAH... cinta kepada perjuangan bagi menegakkan syariat ALLAH di atas muka bumi ini demi mendapatkan keredhaan-NYA sebagai matlamat utama yang hakiki... Namun, kenapa mesti keredhaan-NYA yang menjadi keutamaan?

Ingatlah wahai sahabat, sekiranya kita mati syahid sekalipun, atau amal kita setinggi gunung, namun janganlah kita merasa yakin bahawa kita akan ditempatkan di syurga-NYA.. kerana tidak ada seorang pun daripada kita yang masuk ke syurga dengan amalnya melainkan dengan rahmat dan keredhaan daripada ALLAH SWT... Allah... Penulis pernah terbaca tentang kisah seorang pelacur yang menjadi ahli syurga kerana rahmat ALLAH setelah beliau menyelamatkan seekor anjing... Subhanallah... terasa diri ini lebih kerdil berbanding pelacur tersebut.. mungkin dia nampak seperti ahli neraka kerana pekerjaannya itu, namun ALLAH jugalah sebaik-baik penilai.. ALLAH menghitung keikhlasan pelacur tersebut sedangkan kita para abid atau ahli ibadah belum tentu dijaminkan oleh ALLAH dengan syurga-NYA sekiranya ibadah yang kita lakukan masih dalam  keadaan lalai, kita melakukan ibadah hanya untuk mendapatkan sanjungan daripada manusia dan sebagainya.. bahkan sifat riak itu lebih teruk daripada menjadi seorang pelacur kerana riak merupakan syirik yang tersembunyi... seorang pelacur itu mungkin berdosa kerana perbuatannya berzina dek kerana kejahilannya dalam agama, namun ALLAH telah mengatakan bahawa semua dosa yang dilakukan oleh hamba-hamba-NYA akan diampunkan selain daripada dosa syirik kepada-NYA.. Nauzubillah, semoga kita semua terhindar daripada perbuatan syirik ini.

kerana cinta-NYA, jari-jari giat menaip setiap bait kata-kata untuk menumbuhkan rasa cinta ke dalam diri para pembaca... harapan penulis, sekiranya penulis tidak ada lagi, biarlah belog ini menjadi 'saham' di sana nanti sebagaimana hadis Rasulullah SAW :


“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh.”

insya-ALLAH :)


#Ya ALLAH.. jadikan penulisanku ini sebagai medan berdakwah kepada masyarakat di luar sana yang tidak dapat dicapai oleh tangan ini.. semoga penulisanku yang tidak seberapa ini pula dapat meresap masuk dalam hati pembaca di luar sana untuk sama-sama mencari cinta-MU.. amiin :')


16.11.12

Bicarakan padaku tentang cinta perjuangan :)

Salam to all readers~ =)





Dalam perjalanan sedang bermujahadah dalam mencari CINTA, tiba-tiba kita juga diusik oleh cinta. Ya, cinta-cinta kecil yang jika terlalu dilayani akan membawa kepada kelalaian dan keasyikan.


Apakah salah perasaan halus itu? Perasaan hubb itu? Jika salah, masakan Allah mengurniakannya pada hamba-hamba-Nya? Maka sudah semestinya ada jalan yang Allah aturkan untuk mengawal perasaan yang begitu tulus suci itu~


******



Moga ayat-ayat Cinta dari-Nya akan membuatkan hatiku menjadi kembali tenang setelah semua ini berlaku....


Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit



Ya, hati aku ibarat padang pasir yang tandus. Punya hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dia lah pemberi cinta, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-Nya dahulu? Mengapa baru kini aku sedari akan semua kekhilafan diri? Mencintai manusia. Hanya perit yang aku dapat bukan kebahagiaan. Aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.




Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu. Benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu. Hatiku kembali terisi dengan iman saat mendengar kuliah-kuliah darimu.
 Tazkirah-tazkirah darimu ku ingat sentiasa dalam kotak memoriku. Satu pengakuan. Aku mengagumimu. Tidak berani aku nyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaan aku kepadamu.



maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu


Aku hanya mampu mengagumimu dari jauh. Setiap kuliah yang engkau berikan aku akan mendengar dengan teliti satu per satu. Ada perubahan di sebalik perasaanku ini. Namun, ku tegaskan bahawa niatku untuk berubah hanyalah kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. Bukan juga kerana kamu. Kau pemuda soleh dikagumi ramai. Ramai yang menyanjungimu. Terkenal dengan kewarakan dan ketinggian ilmumu. Aku tidak layak untukmu. Engkau pemuda soleh. Agamamu menarik perhatianku. Cara engkau beramal dengannya, cara kau menjaga ikhtilatmu. Sungguh, sukar untuku ku temui lagi peribadi yang mirip denganmu.



Sedangkan aku....




Aku sedang dalam perubahan. Setiap ayat-ayat cinta-Nya benar-benar terkesan oleh diriku. Kini, aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya. Tapi, aku tidak berani untuk menyatakan ayat-ayat cintaku kepada kamu pemuda soleh.



Kerana,


Ini bukan lagi masanya
Kita masih terlalu banyak tanggungjawab yang menanti
Aku masih belum bersedia dan aku tahu engkau juga



Aku percaya pada janji Allah,

lelaki yang soleh untuk wanita yang soleh...


Aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah. Namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yang soleh, cuma aku hanya mahu memperbetulkan diri yang selama ini sudah terpesong jauh.


Akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu, bukan kerana keturunanmu dan bukan jua kerana popularitimu.


Aku menyenangi perasaan itu biarpun aku tahu kau bukan jodohku. Untuk meminatimu saja aku tidak layak, apatah lagi berharap yang lebih jauh.



Semoga kau beroleh rahmat dari-Nya~


bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud



******




Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya"



Pilih lah yang beragama, nescaya kau akan mendapat segalanya...~


p/s: hihi, tidak ada kena mengena yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia~ Cinta-cinta kecil sewaktu memburu CINTA-NYA. 


# dua kali post pasal cinta -,- maaf ler baru tengok blog Dr.Cinta Punye Belog ni... smart entry, sekali lagi ditegaskan... tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia =D

Menjadi 'Ustazah'

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*Penggunaan kata aku dalam entry untuk mewujudkan situasi realistik.

Wait? Ustazah? Ada apa-apa yang special pasal ustazah?

***

 


 

‘Petang tu aku duduk dengan golongan makcik-makcik. Senyum je la yang reti, nak berborak sangat aku pun tak tahu nak mula apa. Sesekali makcik-makcik tersebut menyapa dan aku menjawab. Sopan (hehe –sebenarnya segan -,-‘) 

“Untunglah, dapat menantu ustazah ^__^” ada sorang makcik ni menepuk-nepuk aku. Makcik-makcik lain pun tersenyum. Tersembuq ayaq. Aku teringat, golongan makcik-makcik ni memang ada anak teruna masing-masing. ’ 

 *** 

Haa, untunglaaah. Hakikatnya semua orang memandang baik golongan ustaz ustazah. Aku tak tahu mengapa golongan cikgu, ustaz-ustazah dikatakan calon paling popular oleh kalangan emak-emak. Mungkin golongan yang dikatakan paling baik untuk membimbing. Sekali ustaz mahupun ustazah membuat silap, sekali tu juga masyarakat memperbesarkan kesalahan. Walhal mereka juga manusia biasa, masih melakukan dosa dan kesilapan. Tapi, itulah pandangan masyarakat yang memandang ustaz dan ustazah sebagai satu kesempurnaan, tiada cacat cela. 

*** 

2009

Mengimbas kembali bagaimana aku TERjadi ustazah. Aku dah pun berada diAkademi Pengajian Islam, UM. Masa tu travel jauh, belajar di kelantan. Dekat sini, aku belajar serba-serbi. Hidup berdikari, takpe, aku dah biasa. Dari tingkatan 1 aku duduk asrama, alhamdulillah, jadi mudah. Biarpun homesick tu aku memang tak dapat nak elak. Budak umur 18 tahun tu lah yang belajar hidup dengan kawan-kawan dia. (oh, rindunya dekat korang! :’) 

Dan saat tu aku juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke institut perguruan. Family aku memang ramai golongan pendidik, cikgu, ustaz, ustazah. Jiwa guru barangkali. Dan aku ditawarkan course Pengajian Islam. Sebenarnya aku nak mintak TESL masa tu, tapi entah kenapa masa nak apply tu nekad pulak pilih course Pengajian Islam (dua-dua pilihan course pulak tu aku pergi isi -,-) Alhamdulillah, lepas interview sana-sini, berjayalah aku menjejakkan kaki ke institut perguruan. 

 
Ini bukan kisah bagaimana aku menjadi guru, tapi ini adalah kisah bagaimana aku menjadi USTAZAH. Well, memang belum diiktiraf untuk mengajar lagi, tapi proses tu. Yes, the process. Bagaimana, diri sendiri bertarung untuk memenangkan nafsu dan kehendak diri atau memenangkan apa yang sepatutnya ditegakkan dalam syariat. 

Menjadi ustazah. Sebenarnya penuh liku. Banyak benda yang aku dah alami. Yang mana aku boleh cerita aku cerita, yang mana aku rasa patut simpan, biarlah ia jadi cerita antara aku dengan Tuhan. 

Kawan-kawan 

 
Sebenarnya, aku agak sakit melihat ada antara sahabat se-course yang memandang remeh soal ikhtilat. Yes, aku tahu korang bakal nak kawen, tapi kesalnya seorang aku apabila aku tak mampu menegur kalian. Hanya didiamkan. Membenci adalah selemah-lemah iman, itu je yang aku mampu. Kamu seorang ustaz, kamu seorang ustazah. Kamu orang belajar agama, tapi kenapa peribadimu tidak seperti orang belajar agama. 


Benar, ustaz ustazah juga punya fitrah ingin dicintai dan mencintai tapi seharusnya kalian lebih mengerti bagaimana untuk mengawal hati dan diri. Kita bersama-sama satu saf menegakkan syariat Allah. Perkuatkan jemaah kita. Orang lain kalau pandang golongan kita buat silap, mereka akan terus berbicara sampai tak ingat kebaikan kita. Kalau bukan kita yang mencegah siapa lagi. 


Kalau bukan kita yang membetulkan apa yang dianggap betul oleh kebanyakan orang sampai kita pun join sekaki, siapa lagi yang nak tegakkan kebenaran. Soal hati. Benda paling susah nak jaga. Hatta, aku sendiri tak kuat juga, tapi insyaAllah, bila kita dekat dengan Allah, Allah akan perkuatkan kita. Bila kita berada bersama jemaah, saling rasa kebersamaan dengan sahabat, kau mesti malu nak melakukan kemungkaran. Bukan bila kawan-kawan kau tegur, kau marah mereka balik. Sungguh, para bakal ustaz dan ustazah, recheck balik hati. 


Jemaah dan Masjid 

Orang yang belajar agama dengan orang yang beragama. Jauh beza. Kalau kita cuma belajar agama tapi tak apply dalam kehidupan seharian sangat rugi. Kita belajar pahala solat berjemaah sekian sekian. Kita tahu kelebihan majlis-majlis ilmu tapi berat hati je nak pergi. Sepatutnya kita jauh lebih beruntung. Yang aku nampak di surau hanyalah muka-muka mereka yang beragama bukan orang yang belajar agama! 


 
Mujahadah yang besar telah aku alami sepanjang proses ini. Ianya tidak mudah, sebab nak membetulkan apa yang tak betul memakan masa yang lama. Kita tidak bermula dengan permulaan yang baik. Dari tudung yang pendek nak jadi labuh, eh eh tak cukup persediaan, bukan mudah. Tapi, insyaAllah usaha itu sentiasa berterusan sampai bila-bila. 


Aku cukup kagum dengan sahabat-sahabat muslimat, tak pandang jauh tengok classmate sendiri pun dah cukup. Fuh, bangga. Hari-hari berjemaah. Tak tinggal pun, kecuali kalau ada musyaqqah (halangan). Berkawan dengan orang yang baik-baik, insyaAllah satu hari akan terkesan jugak lama kelamaan. Kami hidup dalam kepelbagaian. Satu jemaah. Mereka yang banyak membantu, saling menguatkan. 


Betul, nak jadi baik tak senang. Nak jadi jahat yang senang. Sebab itu untuk menjadi ustazah sangat kuat godaannya. Sebenar-benar ustazah yang sentiasa melindungi hatinya, yang sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman hidupnya. Kami bakal mendidik, oleh itu perlu mendidik hati dan diri sendiri terlebih dahulu. 


Apabila ustazah jatuh cinta 

 

Aku dah bagi tahu tadi, soal hati memang paling payah nak jaga. Kalau kau tak kuat, memang kau boleh jatuh. Even kau berkopiah, berjubah, bertudung labuh. Possible je. Sebenarnya bila ada feeling macam tu, aku sendiri rasa tak sedap. Ye aku tahu, memang best tapi ia tetap tak best kalau benda tu kita teragungkan terlebih dahulu daripada cinta Allah. Series, macam berdosa pulak. 


Ini bermaksud, bila kau dah jatuh cinta dengan someone, makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari terjebak mengingati. Bukan halal lagi kau nak contact-contact. Bukan boleh kau nak text sesuka hati. Selagi mana kamu belum lagi diijabkabulkan, selagi itulah kita kena kuat menjaga hati. Sebab itu proses menjadi ustazah itu lebih payah. :’) tapi, just ingat satu je, bila kita rasa lemah, carilah Allah. Tambahkan rasa cinta kepada Dia, Dia akan membantu kita dalam mujahadah. Memang mujahadah tu pahit, sebab syurga kan indah. :’) 

Salam mujahadah.

#entry yang dicopy paste dari belog Dr.Cinta (klik sini )

14.11.12

Kisah Penghijrahan Diri





( FORGIVE ME - MAHER ZAIN)



Hari ni, 1 Muharram 1434. tepat jam 10.59 pagi jari-jari ligat menaip entry.

1 Muharram, kisah penghijarahan Rasulullah SAW bermula. Apabila  munculnya tahun baru, ramailah antara kita yang nekad menanam azam tahun baru, ramai yang mahu berhijrah dari yang kurang baik, ke yang lebih baik.. tapi, sedar tak kita bahawa jika kita mahu berhijrah, perlukah menunggu setiap 1 Muharram ataupun 1 Januari? =)

Tak semestinya. Jika hati sudah merasakan iman di dada, saat hati didetikkan oleh Yang Maha Berkuasa untuk berhijrah, terus ayunkan langkah untuk melakukan perubahan itu.. (asalkan perubahan ke arah kebaikan sudahlah ye...)

Ini kisah saya (maaf lepas ni nak guna bahasa kasar sikit, "AKU" supaya ia nampak macam realistik sikit... tak mengapakan kan?




Saat diri terfikirkan tentang kisah hijrah, pasti otak ni nak flash back ja ke masa lampau... zaman muda-muda dulu.. (sekarang dah tua dah =P )

Dulu-dulu... aku tak adalah baik sangat.. (sekarang pun sama..) tapi dulu boleh dikatakan diri ni memang tak ambil berat langsung pasal apa yang berlaku dalam ummah, dulu-dulu.. asyik cintakan dunia sahaja.. bab-bab aurat ni..memang maaf lah nak fikir, common orang macam aku nih dulu fikir, kalau pakai tudung, its ok..dah tutup aurat lah tu.. stokin ke, apa ke..memang tak lah.. pakai tudung labuh?? hmm mimpi!

bilamana lalu depan akak2 atau makcik2 yang pakai tudung labuh tu... perkara pertama yang terbayang kat kepala ni... "tudung labuh hanya untuk orang yang baik2 atau ustazah sahaja"

Allah... satu perkara yang memang annoying kalau nak fikir balik pasal zaman dulu2 ialah tentang fesyen.. dulu2, bila muncul fesyen2 pakaian yang up-to-date je, pasti kawan2 sibuk dok cari.. (termasuklah diri yang tengah bercerita ni..) bila fikir balik, orang yang sentiasa up-to-date ni macam membazir pulak.. mana tak nya? dalam setahun, bukan sekali dua muncul fesyen2 terkini baik dari segi baju, seluar, tudung ataupun kasut...tu hang tak tengok lagi yang jenis orang pakai barang branded2 punya... Allah... lagilah botak kepala nak beli... bila dah berubah gaya dan pemakaian dari segi luaran ni, banyak benda yang remeh temeh macam ni hang tak payah fikir.. mungkin bagi orang yang memang sediakala baik dari dulu dan tak mengalami zaman penghijrahan macam aku ni tak pernah rasa benda ni.. tapi bagi orang yang mula-mula nak berubah tu, pasti rasa perit sikit mula-mula.. nak2 pulak muslimah-muslimah di luar sana.. bilamana aku tengok ramai sahabat2 yang mula berubah, terdetik rasa bersyukur di dalam hati.. dan apabila mereka menceritakan tentang cacian dan 'perlian' dari orang di sekeliling sama ada dari kawan-kawan dan keluarga sendiri... teringat balik waktu diri mula2 berubah dulu...bukan sikit orang yang berkata di belakang... ramaiiiiii.... ada yang kata pakai tudung labuh tu kuno lah, tak up-to-date lah, dan yang paling teruk, ada yang cakap aku ikut AJARAN SESAT.. haiyaaa =,= (dalam hati : aku pakai tudung labuh je pun... kenapa, yang pakai tudung labuh tu dok ikut ajaran sesat ke??? -.- ) Allah... sabar jelah..




bila hangpa baca entry ni... mesti hangpa fikir... "eh, pasaipa dengan budak ni.. nak buka aib sendiri ke? "

apa yang mampu aku katakan bila aku fikir nak buat entry ni ialah tentang sahabat2 aku yang masih di awal penghijrahan sekarang.... banyak perkara yang mereka lalui kini dan bakal lalui pada masa hadapan, lebih kurang sama ja dengan aku... kalau dalam kalam ALLAH pun, banyak sangat perkara yang ALLAH dok ulang2 banyak kali dalam al-Quran sebagai peringatan untuk kita ambil iktibar... macam tu jugaklah dengan apa yang aku nak ceritakan di sini... aku tak segan untuk menyatakan apa yang benar.. ini memang kisah tentang diri aku.. untuk aku jadikan iktibar dan pemangkin semangat kepada kawan-kawan...

mungkin ramai yang kenal aku sekarang berdasarkan apa yang mereka lihat ada pada aku sekarang.. tapi ramai mungkin tak tahu yang aku juga pada mulanya bermula dari bawah.. belajar kenal ALLAH mula dari starting point lagi... sekiranya sahabat2 yang nak jadikan aku idola, maaf aku katakan aku bukanlah idola yang baik untuk kalian jadikan sebagai ikon.. aku sendiri masih bertatih-tatih untuk belajar menjadi baik... banyak lagi perkara yang aku tak tahu.. dan banyak lagi dosa yang aku lakukan... tapi suatu perkara yang aku pegang dari dulu...

"Tiada manusia baik yang tiada masa silam, tiada manusia jahat yang tiada masa hadapan"

satu ayat yang cukup mengambarkan tentang perspektif aku terhadap manusia-manusia sekeliling.. jujur aku katakan... aku rasakan bahawa dalam hati setiap insan, tak kiralah siapa pun dia di masa sekarang atau silam, pasti terdetik waima sedetik rasa untuk berubah menjadi baik.. lebih baik dari yang sekarang... itulah manusia. Tak ada manusia pun yang mahu hidup terus menerus dalam kejahilan dan kegelapan. Cuma satu sahaja nasihat aku kepada sahabat2 yang membaca entry ni dan mahu berubah.. setiap kali ALLAH detikkan hati kita untuk berubah, cepat2lah ayunkan langkah kaki untuk berubah ke arah kebaikan.. bimbang kiranya sampai satu masa nanti ALLAH "merajuk" dan tak bukakan hati kita untuk berubah dah... pada waktu tu, hati kita akan jadi sangat keras... lebih keras dari batu... Allahurabi ='(

macam mana aku boleh terikir untuk berubah? hanya dengan sebuah lagu nasyid.. ya, ALLAH ketuk pintu hati ni hanya dengan sebuah alunan lagu nasyid yang cukup-cukup menyedarkan aku tentang nilai seorang wanita yang sangat2 mahal di sisi ALLAH dan Islam... begitu cantik aturan ALLAH dalam menjaga wanita...


tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung 
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat juga di hati untuk dikasihi 
engkaulah wanita hiasan duniawi..

Nilai seorang muslimah (wanita Islam) itu cukup terhormat. Kenapa aku perlu rendahkan taraf diriku sendiri? - tanya sama hati :)





1.11.12

jatuh cinta dengan PMI :)

di sini kisahnya bermula, kisah seorang penggembara mencari cahaya..

Alhamdulillah dipertemukan di medan ini, mulanya sebagai penagih ilmu, kemudian menjadi penyebar ilmu...





masih segar di ingatan..

Teringat kali pertama bercakap di hadapan semasa sem satu (tahun satu) dahulu... disebabkan dipanggil secara "on the spot" untuk bercakap di hadapan waktu tu, kaki tangan semua menggigil sebab nervous sangat2... sampaikan orang yang dengar pun ingat saya menangis (kebetulan kisah sedih sikit masa tu).. disebabkan tak mahu timbul spekulasi yang bukan2, terpaksalah jugak saya mengaku macam ni : "Saya bukan nangeh ni, saya getaq..." riak suram tiba2 jadi suasana bising apabila rakan kelas gelak mendengar pengakuan tersebut =,=!


apabila presentation kedua : satu ayat sahaja dr kakak yg membuatkan diri ini berubah secara drastik ketika itu berkenaan isu "kena cakap di hadapan".. katanya : "kalau hang nak orang gelakkan hang (sebab nervous sgt sampai shaking bila kena bercakap di hadapan), hang buat la lagi macam haritu..."berbekalkan ayat tu., mulai haritu buat2lah berani ckp kat depan (walaupun sindrom nervous tu masih tebal dalam diri...)

Apabila masa berlalu, banyak pengalaman yg dikutip sepanjang berpersatuan di universiti.. nak tak nak mesti perlu asuh bakat KEPIMPINAN tu dalam diri... dan alhamdulillah, PERSATUAN MAHASISWA ISLAM merupakan medan saya menjadi seperti diri sekarang..~ melatih KEPIMPINAN, menTARBIAH DIRI, melatih untuk KERJA BERPASUKAN, berSOSIAL dan sebagainya... ^_^


kenapa asyik memuji PMI? sebab banyak perkara yang saya belajar di dalamnya =) ingatlah bahawa "orang yang banyak memberi, pasti akan banyak menerima" 

Bukankah ALLAH SWT pun berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 272 yang bermaksud:"Dan kebaikan apa sahaja yang kalian infakkan, maka kebaikannya adalah untuk kalian sendiri"


25.7.12

Jangan pandang rendah tehadap nasyid


Pada suatu masa dahulu, ada seorang hamba yang selalu leka dan asyik dengan dunianya..Sibuk mengejar dan meneguk nikmat2 dunia yang sementara… jauh sekali sering mendendangkan kalam2 Allah… sehinggalah suatu hari… si hamba ini membuka MP3 di handsetnya… sedang tangan ligat memutarkan lagu2 “keduniaan”… tiba2, kedengaran suatu lagu yang mengusik jiwanya…


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

(Wanita - De Hearty)

Hmm.. lantas terlintas di hati hamba tersebut… layakkah aku disanjung seperti ‘wanita itu’?... jauhnya diri dengan ‘wanita istimewa acuan al-Quran’ itu….. masih leka dengan nikmat dunia yang entah sebentar lagi bakal berakhir….mana mungkin diri dikatakan “hiasan dunia yang terindah”…. Melihat manisnya akhlak wanita2 muslimah di sebuah group di muka buku, lantas mengerakkan kaki hamba tersebut untuk berani berubah….. Ya, suatu perubahan ‘drastik’ yang bakal mengemparkan orang2 di sekelilingnya… bukan demi menjadi seperti ‘wanita istimewa’ itu, tapi hijrahnya kali ini adalah sebagai ‘ucapan terima kasih’ atas  Khalidnya yang tak henti2 memberikan nikmat kepada dirinya, namun amat sedikit dia bersyukur… kalau bukan sekarang, bila lagi?



Melihat rupa baru di cermin kaca membisikkan suatu kata2… hamba itu berkata : “Akukah insan di sebalik cermin itu? Allahurabi…. Layakkah aku seperti ini?”

Syukur ALLAH menguatkan hati hamba tersebut untuk istiqomah dalam pemakaiannya… namun, dirinya masih perlu berani untuk ‘terjun’ ke ladang2 ilmu sebagai bekalan sepanjang perubahan… tak kala kaki melangkah ke ‘dunia baru’ di samping sahabat2 baru… ALLAH telah membukakan jalan kepada hamba tersebut…. Hadirnya sahabat2 yang bukan hanya mahu berukhwah di dunia, bahkan juga di akhirat sana… bagaikan anak kecil yang masih hingusan dalam pencarian mencari ilmu sebagai amalan, hamba tersebut menerima suatu ‘amanah’ yang amat berat di bahunya… suatu misi yang entah mampu dia laksanakan… misi untuk mengembalikan Islam dalam diri manusia-manusia yang lainnya! Ya, seperti mana ALLAH telah mengembalikan Islam di dalam dirinya menerusi lagu-lagu nasyid yang sering didengari olehnya di MP3 handsetnya dulu…. Mampukah hamba yang masih mencari sinar Islam dan iman itu menggalas amanah yang maha berat tersebut?

Kadang2 hamba tersebut rebah dalam pengislahannya…, tapi ALLAH menguatkannya dengan kata2 penawar duka dalam al-Qurqan…

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman".                                                                            

(al-Imran : 139)




Lantas hamba tersebut cekalkan hati dan merima amanah tersebut sebagai rasa cinta dan kasih sayang Khalid kepada dirinya…, benar dia jugalah yang memohon cinta yang sebanar cinta daripada Khalidnya… tika Khalidnya memghulurkan cinta dengan sepenuh kasih sayang, masakan dia mahu menolak? Sungguh dia tidak tergamak menjadi hamba yang kufur.. meneguk nikmat tanpa berjasa!


berukhwah atas dasar perjuangan yang bermatlamatkan ALLAH SWT,
Rasulullah SAW sebagai suri teladan,
Al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan,
Mati sebagai syuhada merupakan cita-citanya yang tertinggi kini.


Tiada siapa menyangka, dengan hanya sebuah alunan lagu nasyid, mampu membawanya untuk berhijrah. Hijrah atas satu tujuan => mengapai keredhaan dan cinta ALLAH… Dan siapa sangka, jalan yang ALLAH tunjukkan kepadanya untuk tetap istiqhomah ialah jalan PERJUANGAN… kuasa ALLAH, tiada siapa yang mampu menghalangnya…




#Apabila melihat kepada orang yang masih leka dengan dunia dan asyik melakukan maksiat.. pesan pada diri.. :  “Tiada orang baik yang tiada masa silam, tiada orang jahat yang tiada masa hadapan”.. sesungguhnya hati ini dan hati dia, milik ALLAH… bukan “hatimu hatiku”… di mana bermulanya kita, walau sebaik mana, belum tentu pengakhiran hidup kita juga begitu…. Ingat~ jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain.. pesan pada diri. Hari-hari. Berjalanlah tanpa henti…