I made this widget at MyFlashFetish.com.

12.1.12

"cOupLe iTu hAraM??" ♥

Haram ke?


............................................................................................................


sebelum tuu jom kita tinjau balik apa maksud "couple" ......~
mengikut kamus Oxfort...(ececeh...) couple tuu maksudnya pasangan atau lebih tepat lagi berpasang-pasangan . kalau kite "google translate" sekalipun , maksudnya tetap sama iaitu "pasangan" =)


Okeyh . Titik . Maksud "couple" ialah "pasangan" .


Persoalannyaa di sini , "couple" tu HARAM ke? 


TIDAK . Yup . "couple" tu memang tak haram . takde larangan pun dalam Islam yang mengatakan bahawa manusia tidak boleh berpasang-pasangan.. (konteks berpasang-pasangan yang saya maksudkan di sini ialah antara lelaki dan wanita )


pernah dengar tak lagu Kalimah Cinta nyanyian Kumpulan In-Team? meh saya tuliskan beberapa bait dalam liriknyaa......




"Siapalah aku menolak cinta 
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa "



Cinta tu hadir tanpa dipaksa , dan dari rasa cinta manusia mula merasa ingin memiliki pasangan....


Benar . Rasa cinta itu tidak salah . Kalau salah masakan ALLAH SWT memberikan kita rasa suka , cinta , bahagia , rindu dan sebagainya....... kerana ALLAH SWT juga merupakan AR-RAHMAN dan AR-RAHIM iaitu Yang Maha Pengasih dan Penyayang... =) DIA tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan bagi memenuhi keperluan hidup hamba-NYA semata-mata....sebagaimana firman ALLAH SWT yang berbunyi :


"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya." (al-Sajdah 32 : 07)


"Dialah (ALLAH) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi " (al-Baqarah 2 : 29)





Jadi , kenapa ada yang mengatakan bahawa "couple" itu HARAM???


Okeyh . kenapa pulak haram ye..? 
sebelum tu , apa definisi kita terhadap istilah "couple" itu sendiri??
Adakah............?
>berkasih-kasihan antara lelaki bukan mahram , berpegangan tangan , bercumbu-cumbuan dengan pasangan yang belum nikah.... dan ------------------------------------------------------- (tak perlu bayangkan yang lebih lagi)


kalau itu definisi yang anda berikan terhadap "couple" , ye , MEMANG HARAM... !


Islam merupakan cara hidup bagi orang-orang yang beriman . Islam telah mengariskan peraturan dan cara hidup yang sempurna dalam setiap hal kehidupan di dunia . sebab itulah Islam merupakan al-Din atau cara hidup yang sempurna . ALLAH SWT telah meletakkan larangan-larangan tertentu dalam hal batasan pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah bertujuan untuk "MENYEKAT" kebebasan hamba-hamba-NYA , tetapi adalah untuk mengawal setiap tingkah laku hamba-hambaNYA . ALLAH SWT telah berfirman :


"Sesiapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima dan dia di Hari Akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi".   (Surah Ali 'Imran 3: 85)




"Kalau tak boleh pegang-pegang tangan , berjumpa segala bagai... bukan "couple" namanya tuu...."


Hmm...ni lah penyakit insan-insan bercinta . Cinta tuu hanya berlandasan keseronokan untuk memuaskan nafsu semata-mata . Wahai nisa' dan rijjal....... tahukah anda bahawa : CINTA YANG BERLANDASKAN NAFSU IALAH CINTA YANG ALLAH SWT ILHAMKAN KEPADA BINATANG???  dah tu , awak tu binatang keh? tettt............





Bukanlah cinta suci dan sejati namanya andai ia merosakkan , menyakitkan dan melukakan.... 


kalau nak jugak , Islam ada jalan penyelesaiannya .








NIKAH . yup ! =)


semua benda yang HARAM akan jadi HALAL dan dapat PAHALA waima hanya sekadar memandang wajah isteri/ suami kalian sahaja ! ^____^




Rasulullah SAW bersabda :


"Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih sayang) , maka ALLAH akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya.                                                                                   (HR Abu Sa'id)




TETAPI .... jika seseorang itu melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH ini... neraka adalah sebaik-baik tempat kembali bagi dirinya... Nauzubillah.....




sebelum menutup entry , saya nak mengajak anda untuk merenung kata-kata Rasulullah SAW ini :


Daripada Ma 'qil bin Yasar daripada Nabi SAW Baginda bersabda : "Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang di antara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."


p/s : lately orang banyak sebut pasal kahwin awal / muda kat muka buku termasuklah diri ini.. tapi diri ini hanya untuk menyampaikan ilmu , bukanlah niat mahu berkahwin lagi yee.. hehe =)


Ya ALLAH... Adakah aku telah menyampaikan risalah-MU ? 
















No comments:

Post a Comment