I made this widget at MyFlashFetish.com.

20.1.12

wanita tu macam buku ♥

Bismillahirahmanirrahiim . wanita tuu macam buku . ilham untuk buat entry kali ni saya dapat lepas keluar dengan seorang rakan petang tadi . . . eh , apa kaitannya ? hehe..


dipendekkan cerita , tadi saya dan sahabat pergi kedai buku ... sahabat nak beli buku katanya . itu je.., hehe  ^^
......................................................................................................


okeyh . kenapa saya katakan "wanita tu macam buku" ?


untuk menyenangkan anda bagi mendapatkan gambaran tentangnya , saya nak kasi satu situasi =)


:: situasi di kedai buku ::






saya amat yakin dan pasti , ramai antara kita yang selalu ke kedai buku . kan? erm , okeh2 tak selalu pun takpe tapi at least mesti pernah pergi walaupun sekali right ?


korang pernah tak...............


belek2 buku (biasanya buku yang diletakkan di hadapan ialah buku yang tidak berbalut  untuk memudahkan pelanggan melihat apakah isi kandungan buku tuu... dan kalau korang perasan , biasanya buku yang diletakkan di hadapan sekali tuu kulitnya agak sedikit buruk kerana terlipat (mungkin disebabkan banyaknya tangan-tangan yang membuka dan membelek buku tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membelinya) . 


Okeh . honestly , saya juga ialah orang yang sedemikian . saya selalu buka dan teliti isi kandungan buku yang berada di barisan paling hadapan but at the end saya akan pilih buku lain (yang berada di barisan belakang) untuk dibeli . =P hehe... (jahatnyee sayaa )


saya pasti ramai antara kita yang melakukan sedemikian . KAN?  haha... 






so , kaitannya apa?


hmm.., berdasarkan ayat-ayat yang saya largerkan kat atas mesti kalian paham apa yang saya nak katakan kan? 


bagi yang tak jelas . . . saya ada sedikit penerangan berkenaan perkara ini . wanita tu saya andaikan umpama buku-buku yang diletakkan di atas rak . ada buku yang berbalut (dengan plastik putih tuu ) dan ada yang dibiarkan tidak berbalut (untuk memudahkan kalian mengetahui isi kandungan buku tersebut ) ada juga buku dari title yang sama tapi semuanya tidak berbalut . Persamaan buku dengan wanita yang saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan aurat . Wanita yang menutup aurat dengan sempurna bolehlah diandaikan seperti buku yang berbalut tadi . Wanita yang tidak menutup aurat pula bolehlah diumpamakan seperti buku yang tidak berbalut dan diletakkan di atas rak di bahagian hadapan . Kita cenderung untuk memilih buku yang tidak berbalut untuk mengetahui tentang isi kandungan buku sebelum mengambil keputusan untuk membeli buku tersebut dan akhirnya buku yang berbalut dan berada di barisan belakangnya yang diangkut ke dalam bakul . Bukan?  


Begitu juga dengan wanita . Wanita yang tidak menutup aurat memang menjadi pilihan lelaki-lelaki yang sukakan keseronokan... mereka merasa bangga dan puas jika memiliki pasangan yang cantik . Tetapi , sedarkah anda bahawa wanita yang cantik di dunia itu sangat ramai??? Mungkin sekarang mereka menyukai anda kerana kecantikan tubuh anda itu , ataupun keindahan wajah anda yang bak pauh dilayang~~~ tapi suatu hari nanti , semua kecantikan anda itu akan pudar seiring berputarnya waktu ... one more thing , YUP . Memang lumrah wanita dan lelaki sukakan kecantikan. Cantik itu subjektif bak kata Matluthfi (klik) . What is beautiful for you , might not be beautiful for me . Dah banyak kali saya dengar dari ikhwan2... mereka memang sukakan wanita yang cantik , seksi , manja .... but bila diaorang nak kahwin , diaorang akan pilih isteri yang mempunyai pegangan agama . Bermanja-manja dengan ramai lelaki ? seksi dan pandai mengoda? Ouhhh... jauh sekali ! wanita sebegini sebagai awek mungkin , tetapi tidak sebagai isteri !


bak kata Ustak Azhar Idrus ....








mungkin entry ni agak sama dengan entry yang lepas saya iaitu yang tertutup itu indah. Klik SINI . Tapi percayalah , saya ulanginya sekali lagi kerana saya sayangkan anda ! aurat itu merupakan aib wanita . Dan wajarlah ajar kita menutup aib itu agar tidak diketahui oleh manusia lain . Simpan dan sembunyikan kecantikan yang anda miliki buat "dia" yang bergelar suami . Bukankah itu sangat indah buat kalian selepas bernikah nanti ? =) 


Ingatlah satu firman ALLAH SWT yang berbunyi :


"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu......" (Surah Al-Ahzaab : 33)






Wahai ukhti kesayangan saya yang solehah..., tak perlu risau akan jodohmu... sebab telah ALLAH SWT ciptakan seseorang yang menjadi jodohmu sejak di lauh mahfuz lagi.... Untuk apa andai yang hadir itu hanya sementara? akhirnya kalian tetap akan menikahi jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT untuk kalian . =)




Ustaz  Azhar Idrus lagiiii... ngeee!!! hehe =P




KAN ? Ustak pong cakap cengitu...nak uat guane?? hehe :P (huduh dop oqhe Penang cakap Ganu..? ) HEHEHE...


lastly.... (yeahhh..) jom renungi kata2 hikmah by "tanpa nama" ni...


" Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap oleh semua , tetapi perlu menjadi seperti matahari yang silaunya akan membuat lelaki tertunduk sebelum memandangnya" ^_^









No comments:

Post a Comment