I made this widget at MyFlashFetish.com.

31.1.12

gadhul bashar VS cerita korea

Gadhul bashar??? apa tu?

Cerita Korea... woaaahhhh ! i like it! =)

Okeh . Saya "agak" pasti ada di antara akhwat dan ikhwan yang  baca entry saya ni tak begitu jelas dengan makna "gadhul bashar" ni... kalau tak silap saya , perkataan gadhul bashar ni merupakan perkataan Bahasa Indonesia . Ia bermaksud "menundukkan pandangan". Okeh jelas?

Saya yakin mostly setiap daripada kita mesti tahu tentang fenomena cerita Korea yang melanda negara kita lately... sebut je cerita apa ... Boys Over Flower ? You're beautiful? dan.... bla....bla...bla..... semua orang pasti tahu cerita-cerita tersebut . Seingat saya , cerita korea yang saya tengok untuk kali pertama ialah Romance (saya dah lupa masa tu umur berapa) tapi antara cerita Korea yang famous satu ketika dulu yang saya pasti ramai antara kita yang tahu ialah cerita My Girl....


(rasanya ramai yang tahu kot cerita ni??)


Erkkk.... tak tahu? okeh abaikan... =.="

hehe ! Saya faham kenapa ramai dalam kalangan remaja yang suka sangat tengok cerita Korea ni ( actually saya pun pernah obses dengan cerita2 Korea ni tahap dewa... huh ! ) . Mana taknya? Tengok jela hero dan heroin dia.... Subhanallah.... dia punya tahap "hemsom" , "kiut-miut" kemain kau Jah...~ sekali tengok terus cair macam ais.....

Tak percaya? (Okeh katakan kau tak suka pun lelaki Korea ni , tapi kau rasa imej2 diaorang ni hensom / comel / tertarik menarik tak? )


(Okeh serius agak tergoda dengan gambar ni... T_T )


(Lee Dong Wook ^^ )


(tak berapa jelas kan? kejap saya upload gambo hero dia )


TADAAAAA !!!!!


( amacam ??? =P )

okeh2 STOP ! banyak sangat gambar ni..... bila nak pergi kepada topik perbincangan ye?

Hmm... kenapa mesti entry pasal cerita Korea? Takkan nak promote cite Korea kat blog ni kot? banyak dah blog dok cerita pasal cerita Korea ni... boringlah...... buang masa je cerita pasal benda-benda lagha ni... kite nak muhasabah diri bukan nak dengar pasal cerita Korea... awak niiiiii !!!

Okeh...okeh saya tau ukhti2 dan ikhwan yang solehah dan soleh tak suka artis2 ni... saya faham ~_~

Apa yang saya nak katakan dalam entry kali  ni bukanlah pasal cerita Korea ni sangat pun . Jauh sekali nak cerita pasal plot2 cerita diaorang atau apa sahajalah... !

Dah tu? MOTIF?

Hmm... apa yang saya cuba nak sampaikan kali ni ialah berkenaan dengan konsep "Gadhul Bashar dalam Islam" =)

Ramai di antara kita yang tahu dengan konsep menundukkan pandangan seperti yang diperintahkan oleh ALLAH SWT dalam ayat al-Quran iaitu : 

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya , yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS 24 : 30)

ALLAH SWT telah memerintahkan kita agar menundukkan pandangan kerana dikhuatiri dari pandangan itulah akan berlakunya zina. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis sahih ini.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ertinya, "Kedua mata itu boleh melakukan zina, kedua tangan itu (boleh) melakukan zina, kedua kaki itu (boleh) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin."  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah)

"Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinganya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras) , kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan oleh kelamin atau digagalkan. (HR Bukhari)

Memang tak dinafikan bahawa manusia ni memang mudah tertarik dengan kecantikan. Itu lumrah manusia. Sedangkan ALLAH SWT sendiri sangat sukakan kecantikan. Apa sahaja yang diciptakan oleh ALLAH SWT Yang Maha Esa sangat cantik . Oleh itu amat perlu bagi kita untuk mengawal keinginan yang datang daripada terpesonanya kita dengan kecantikan tersebut. Dalam kontek menjaga dan menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram ini , suka untuk saya ingatkan kepada kita bahawa adakalanya kita sering terlepas pandang akan masalah ini . Semasa menonton cerita Korea misalnya , sedar atau tidak kadang-kadang kita asyik dibuai dengan wajah-wajah artis Korea yang "hensem" dan "comel-comel" ni.... daripada rasa kagum itulah ada segelintir daripada kita yang terlalu obses dan fanatik dengan artis-artis Korea . Tak cukup dengan menghadap depan laptop 16 jam sehari (biasanya cerita Korea ni ada lebih kurang 16 episod untuk satu full drama pendek ) , sehingga ke Profil Picture kat Muka Buku pun diletakkannya gambar artis-artis korea pujaan ! hmm... sabar jelah . (actually saya juga pernah melakukan hal tersebut suatu ketika dahulu T_T ) 


( okeh . bukan seperti yang anda bayangkan . sebenarnya saya sign in muka buku semata-mata nak tukar profil pic ni untuk enrty saya kali ni =P )


Dah tu tak boleh ke tengok cite Korea ni ???

Bukanlah saya kata tak boleh , tapi sebaiknya berpada-padalah dalam mencintai sesuatu itu...

"Janganlah cintamu itu berlebihan , dan jangan pula marahmu itu merosakkan" - Saidina Ali-

Janganlah sampai bila kita tengok sesuatu tu menyebabkan kita berkeinginan terhadap sesuatu itu (melihat dengan pandangan syahwat) kerana ia dikira sebagai zina hati... bila kita terlalu obses dengan cerita Korea ni jugak , bukan sedikit daripada kita yang cenderung "mengantung" gambar-gambar artis ni kat wall-wall bilik mahupun muka buku =.=" banyaaakkkkk ! 

"Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan pandangan berikutnya. Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan berikutnya." (HR Abu Daud , disahihkan oleh Al-Hakim sesuai dengan syarat Muslim)

Secara sedar atau tidak juga , kita terlalai dalam mengamalkan "gadhul bashar" ni... bila tengok cerita2 Korea je .., hati jadi berbunge-bunye ♥ ♥  nak2 pulak kat part romantik dia.. betul x? (pengalaman sendiri ni) Lantas hati pun mulalah membayangkan andai diri kite sendiri yang berada dalam keadaan tersebut.. Ohh ! Alangkah indahnya !! ^_^ tapiii kaannnn awak , awak tahu tak awak dah "melangkah" setapak ke arah dosa? 

Alhamdulillah.. nasib baik awak cepat beristighfar... =)

awak , cintai cerita Korea awak tuu seadanya okeh ? jangan memuja-muja... bakal zau'j awak lagi "osem" dan "hensom" tau ! hehehe... sebab dia lagi romantik , dia boleh bawa awak ke syurga , setakat ke bulan bintang macam hero2 Korea tu apalah sangaattt kan? ekeke =P


Akhir kalam : "kamsahamida ! (sbb baca entry ni =P )

= JOM SEBAR DAKWAH ! =







1 comment: