I made this widget at MyFlashFetish.com.

12.2.12

Berpisahlah , andai itu yang terbaik !


(creadit pic : rusydee art)

Kerana ku yakin itu yang terbaik untuk iman kita..
Aku takut azab ALLAH melanda kita..
Syaitan itu hasutannya halus.. ku masih ingat pesan Rasulullah SAW ketika khutbahnya yang terakhir..

“Sungguh , syaitan telah berputus asa menyesatkan kamu dalam hal-hal yang besar , maka berwaspadalah akan hal-hal yang kecil..”

ALLAH tidak berkata “jangan berzina”  ..tapi ALLAH memulakan dengan ayat “..janganlah kamu menghampiri zina..”

Maka tahukah kamu kenapa kita ada ikhtilat yang perlu dijaga??

Aku bukanlah ahli sufi mahupun wali.. ternyata ku juga bisa tersalah langkah…

Sebelum ianya berlaku , biarlah kita mengelakkannya…

Kuyakin masanya masih belum tiba..

Untuk apa hadir kalau hanya sementara?

Aku takut jika kita bukan tercipta untuk bersama..

Lantas bagaimana mungkin kuhadapi insan yg telah tercipta untukku sejak di luh mahfuz kelak?

Kerana ku tidak yakin itu kamu…

Kuyakin janji ALLAH itu benar…

Sungguh ! Aku tidak mahu merosakkan imanmu…apatah lagi imanku..

kita ada perkara berharga untuk dijaga..

sebelum masanya tiba..

cukuplah cinta ALLAH mendampingi kita…





jika kita ditakdirkan bersama..

Aku mahu berjumpa denganmu dalam lafaz sakinah =)




p/s : entry yang agak ringkas.. ana tak tahu ada kesempatan atau tidak nak menulis entry lagi lepas ni..cuti sem dah nak habis.. insya-ALLAH , ada masa ana update... oh ya.., ana mungkin nak terminate muka buku..tapi page ana still ada... ana akan berdakwah di blog sahaja selepas ni.. mudah-nudahan suatu hari nanti dakwah-dakwah ana di baca oleh orang di luar sana.. ^_^

No comments:

Post a Comment