I made this widget at MyFlashFetish.com.

24.6.12

jangan jadi dai'e gedik

Bismillah...

Alhamdulillah, harini ana dapat suatu tarbiah daripada FB...(kejap lagi ana cerita) dan alhamdulillah jugak semalam (24 Jun 2012) merupakan detik paling istimewa dalam sejarah perjuangan Islam kerana Mesir telah dapat dikuasai semula oleh wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lalu.. Alhamdulillah, walaupun dikhuatiri akan wujudnya konspirasi untuk menidakkan kemenangan Mohammed Mursi, tapi ALLAH telah menakdirkan kemenangan berpihak kepada orang yang mahu memperjuangkan Islam.. benarkan janji-janji ALLAH? =)

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An-Nur:55)




(kalau tengok luaran pun, kita dah dapat agak Mohammed Mursi ni seorang yang humble kan? )



Alhamdulillah... begitu besar kuasa ALLAH dalam mengaturkan kehidupan hamba-hamba-NYA, sekuat mana sekalipun kita merancang, tapi kalau ALLAH tak izinkan perkara tersebut berlaku, memang tak kan berlaku jugak =D

Insya-ALLAH berbalik kepada isu "Jangan Jadi Dai'e Gedik"

Lumrah manusia..memang selalu terlupa dan lalai... mujur ada yang mengingatkan.. dan nasib baiklah ada insan2 di muka buku ni yang selalu menge"post" artikel2 yang menyedarkan diri kembali ke landasan perjuangan... Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita, tadi sempat melilau-lilau di wall Hilal Asyraf... dan terjumpa status Hilal Asyraf yang berbunyi....






hmm.. ada benarnya kata-kata tu, muhasabah yang baik untuk kita para dai'e sebenarnya..

pelik, sangat-sangat pelik sebenarnya kenapa orang selalu berkata tentang "tulang rusuk kiriku" atau "aku tulang rusuk kirimu" =.=

memang dulu, ana pun macam tu.. Alhamdulillah setelah sedar bahawa hidup ni bukannya hanya untuk "sweet-sweet cinta selepas nikah" dan "engkau imam, aku makmum" ana memahami hidup ni merupakan suatu perjuangan tanpa henti!! Perjuangan yang menuntut kita tentang erti pergorbanan, erti usaha.. kalau hidup ni hanya berkisarkan cinta "islamik" atau "nikah muda", di mana perjuangannya?? 

Ana sangat tertarik dengan kata-kata Ustaz Hasrizal ketika ditanya tentang saranan untuk "nikah muda".. kata ustaz, memanglah tak salah kalau kita nak menikah muda, tapi biar penat berjuang dulu... (lebih kurang macam ni lah... kalau tak salah ana, buku "Bercinta Sampai ke Syurga" karya ustaz... dan bagi ana sendiri untuk para dai'e yang "faham agama" ni berbanding mad'u, sudah tentu gerak kerja Islam yang terlalu sibuk ini tidak mengizinkannya lagi... dan paling menyedihkan tu... disebabkan angau-angau ni, kita jadi lemah dalam perjuangan kita...

tertarik dengan suatu post...




pernah buat tak?
tak pernah...?
Alhamdulillah...ana macam pernah je... keh3 =P
terkena kat diri sendiri ni.... Alhamdulillah,
walaupun "pedas", tapi terkesan di hati...
muhasabah diri balik ye =)


Ana nak "highlight"kan beberapa buah komen yang ana rasakan baik untuk muhasabah para dai'e..






nak buat kesimpulan panjang sangat pulak kan, baca sendiri memang best..
jom para jundullah, kita bermuhasabah sejenak...
perbaharui niat kita.... =D






p/s : rasanya nama blog ni iaitu "bersaksi cinta di atas cinta" macam nak kena tukar je.. =) macam jiwang sangat kan untuk "orang yang nak berjuang" ni... insya-ALLAH akan ditukar apabila ada masa nanti.... ^^




1 comment:

  1. Assalamualaikum..OOhh.. best2.. memang satu kali dush kena kpala..
    kata nak tukar nama blog?? mweheehe

    ReplyDelete