I made this widget at MyFlashFetish.com.

27.5.12

~Terima Kasih Ustazah~

the sweet moment is when your student call you "cikgu" , but the precious moment to me is when someone call me "ustazah" ^_^

Subhanallah. . .  betapa bahagianya rasa hati ni dapat gelaran tuu.... sepanjang balik dari kem, asyik tersenyum jee... hehe. . . walaupun kadang-kadang rasa diri ni tak layak, tapi . . . memang rasa bahagia sangat andai panggilan "ustazah" tuu jadi kenyataan.... =) insya-ALLAH . . . rasanya panggilan tuu lagi sweet daripada panggilan "cikgu" yang selama ni ana teringin nak dengar anak-anak murid panggil... memang pengalaman selama setengah hari ni walaupun sekejap, tapi bawa banyak kenangan manis dalam hidup. . .

Vanue:  D'Memori Gertak Sanggul, Penang.
Date  :  27 Mei 2012



                               




game : radio buruk. . 
pandai betul main tipu anak-anak murid ustazah ni.. (-_-")



nama : Muhammad
cita-cita : Ustaz (^_^)
insya-ALLAH ustazah doakan agar Muhammad jadi seorang ustaz suatu hari nanti =)


sangat comel budak ni. . . walaupun yang paling kecik , tapi menang dalam acara 
tarik tali.. kecik-kecik cili api ni =)


group Ustazah (^_^)


majlis ilmu kali ni, muslimin mendominasi kem =) Alhamdulillah...







last but not least...





the very PRECIOUS things that i had in this university is....


seikhlas hati =)

" PMIUSM.... We Love, We Care ! "




















7.5.12

Ingat Pesan Mak

"belajar rajin-rajin"

Dua patah perkataan yang selalu menghantar dia bersama-sama sebuah beg yang disandang. Bukan dia tak ingat pesan mak, bahkan setiap kali mak hantar dia balik ke universiti selepas cuti sem, ayat itu yang diulang oleh mak. Belajar rajin-rajin. kadang-kadang akal jahat tu tertanya-tanya jugak, "mak, ade ke orang cakap : belajar malas-malas?" hehehe. . .  sejenak cuma. kemudian dia beristighfar.. "ish. . . tak baik fikir mak macam tu, mak betul-betul nak aku belajar sungguh-sungguh ni. . .  mak mesti tak sabar nak datang raikan aku masa hari grad. . .  aku MESTI belajar rajin-rajin ! ! ! " 




Yeah . . . itu janjinya sewaktu melangkahkan kaki ke menara ilmu ini. Segar pesanan mak setiap pagi. Dia nak jadi anak yang solehah, nak berjaya dunia dan akhirat. Insya-ALLAH. 

Tapi. . . 

ternyata kehidupan di menara ilmu ni bukanlah sekadar menuntut ilmu, macam yang disangkanya. Sebelum dia menjejakkan kaki ke sini pun dia sudah mula sedar akan pentingnya dia untuk kembali kepada Islam. Mungkin dulu dia jahil , nama je orang Islam katanya. . . yang dia tahu, solat lima waktu jangan sesekali tinggal..!

memang hidup sebagai seorang muslim sejati itu tak terhenti setakat itu sahaja , bila dia mula melibatkan diri dalam gerak kerja Islam, dia mula sedar, dia masih punya banyak tanggungjawab di menara ilmu ini. Melihatkan masyarakat yang hanyut entah ke mana, menyebabkan masa belajarnya sudah mula dicuri sedikit demi sedikit. Sekarang belajar bukanlah tanggungjawab tunggalnya. Masih banyak lagi tanggungjawab untuknya di muka bumi ni. 

Masih ingat akan kata seseorang kepadanya : " seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah itu, tergalas baginya tanggungjawab untuk berdakwah"

dan ayat ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dialah orang itu ! Orang yang Allah SWT pilih untuk serta dalam misi perjuangan ini.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-taubah :71)

Semangat jihadnya tinggi. Dia ingin sekali mencapai keredhaan ILLAHI. . .  Subhanallah . . .

Tapi sedar tak sedar , dia semakin lupa akan pesan ibunya. . . 

keputusan semakin merosot. . .  Ya, bukan salah gerak kerja yang dilakukannya, tapi dia sedar salah dirinya yang terlalu leka sehingga mengabaikan pelajarannya . . 

Ayuh , bangkitkan semangat jihad itu semula ! Jihad dalam gerak kerja, jihad dalam pelajaran ! kedua-duanya penting... !!


12.2.12

Aku Mahu Setabah Mereka !

Ya Allah..
jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah
jadikan aku sahabat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??

Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun x akan rapuh
tetap teguh..

wahai kaum hawa..

kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau x setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau x semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!

Berpisahlah , andai itu yang terbaik !


(creadit pic : rusydee art)

Kerana ku yakin itu yang terbaik untuk iman kita..
Aku takut azab ALLAH melanda kita..
Syaitan itu hasutannya halus.. ku masih ingat pesan Rasulullah SAW ketika khutbahnya yang terakhir..

“Sungguh , syaitan telah berputus asa menyesatkan kamu dalam hal-hal yang besar , maka berwaspadalah akan hal-hal yang kecil..”

ALLAH tidak berkata “jangan berzina”  ..tapi ALLAH memulakan dengan ayat “..janganlah kamu menghampiri zina..”

Maka tahukah kamu kenapa kita ada ikhtilat yang perlu dijaga??

Aku bukanlah ahli sufi mahupun wali.. ternyata ku juga bisa tersalah langkah…

Sebelum ianya berlaku , biarlah kita mengelakkannya…

Kuyakin masanya masih belum tiba..

Untuk apa hadir kalau hanya sementara?

Aku takut jika kita bukan tercipta untuk bersama..

Lantas bagaimana mungkin kuhadapi insan yg telah tercipta untukku sejak di luh mahfuz kelak?

Kerana ku tidak yakin itu kamu…

Kuyakin janji ALLAH itu benar…

Sungguh ! Aku tidak mahu merosakkan imanmu…apatah lagi imanku..

kita ada perkara berharga untuk dijaga..

sebelum masanya tiba..

cukuplah cinta ALLAH mendampingi kita…





jika kita ditakdirkan bersama..

Aku mahu berjumpa denganmu dalam lafaz sakinah =)




p/s : entry yang agak ringkas.. ana tak tahu ada kesempatan atau tidak nak menulis entry lagi lepas ni..cuti sem dah nak habis.. insya-ALLAH , ada masa ana update... oh ya.., ana mungkin nak terminate muka buku..tapi page ana still ada... ana akan berdakwah di blog sahaja selepas ni.. mudah-nudahan suatu hari nanti dakwah-dakwah ana di baca oleh orang di luar sana.. ^_^

31.1.12

gadhul bashar VS cerita korea

Gadhul bashar??? apa tu?

Cerita Korea... woaaahhhh ! i like it! =)

Okeh . Saya "agak" pasti ada di antara akhwat dan ikhwan yang  baca entry saya ni tak begitu jelas dengan makna "gadhul bashar" ni... kalau tak silap saya , perkataan gadhul bashar ni merupakan perkataan Bahasa Indonesia . Ia bermaksud "menundukkan pandangan". Okeh jelas?

Saya yakin mostly setiap daripada kita mesti tahu tentang fenomena cerita Korea yang melanda negara kita lately... sebut je cerita apa ... Boys Over Flower ? You're beautiful? dan.... bla....bla...bla..... semua orang pasti tahu cerita-cerita tersebut . Seingat saya , cerita korea yang saya tengok untuk kali pertama ialah Romance (saya dah lupa masa tu umur berapa) tapi antara cerita Korea yang famous satu ketika dulu yang saya pasti ramai antara kita yang tahu ialah cerita My Girl....


(rasanya ramai yang tahu kot cerita ni??)


Erkkk.... tak tahu? okeh abaikan... =.="

hehe ! Saya faham kenapa ramai dalam kalangan remaja yang suka sangat tengok cerita Korea ni ( actually saya pun pernah obses dengan cerita2 Korea ni tahap dewa... huh ! ) . Mana taknya? Tengok jela hero dan heroin dia.... Subhanallah.... dia punya tahap "hemsom" , "kiut-miut" kemain kau Jah...~ sekali tengok terus cair macam ais.....

Tak percaya? (Okeh katakan kau tak suka pun lelaki Korea ni , tapi kau rasa imej2 diaorang ni hensom / comel / tertarik menarik tak? )


(Okeh serius agak tergoda dengan gambar ni... T_T )


(Lee Dong Wook ^^ )


(tak berapa jelas kan? kejap saya upload gambo hero dia )


TADAAAAA !!!!!


( amacam ??? =P )

okeh2 STOP ! banyak sangat gambar ni..... bila nak pergi kepada topik perbincangan ye?

Hmm... kenapa mesti entry pasal cerita Korea? Takkan nak promote cite Korea kat blog ni kot? banyak dah blog dok cerita pasal cerita Korea ni... boringlah...... buang masa je cerita pasal benda-benda lagha ni... kite nak muhasabah diri bukan nak dengar pasal cerita Korea... awak niiiiii !!!

Okeh...okeh saya tau ukhti2 dan ikhwan yang solehah dan soleh tak suka artis2 ni... saya faham ~_~

Apa yang saya nak katakan dalam entry kali  ni bukanlah pasal cerita Korea ni sangat pun . Jauh sekali nak cerita pasal plot2 cerita diaorang atau apa sahajalah... !

Dah tu? MOTIF?

Hmm... apa yang saya cuba nak sampaikan kali ni ialah berkenaan dengan konsep "Gadhul Bashar dalam Islam" =)

Ramai di antara kita yang tahu dengan konsep menundukkan pandangan seperti yang diperintahkan oleh ALLAH SWT dalam ayat al-Quran iaitu : 

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya , yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS 24 : 30)

ALLAH SWT telah memerintahkan kita agar menundukkan pandangan kerana dikhuatiri dari pandangan itulah akan berlakunya zina. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis sahih ini.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ertinya, "Kedua mata itu boleh melakukan zina, kedua tangan itu (boleh) melakukan zina, kedua kaki itu (boleh) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin."  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah)

"Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinganya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras) , kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan oleh kelamin atau digagalkan. (HR Bukhari)

Memang tak dinafikan bahawa manusia ni memang mudah tertarik dengan kecantikan. Itu lumrah manusia. Sedangkan ALLAH SWT sendiri sangat sukakan kecantikan. Apa sahaja yang diciptakan oleh ALLAH SWT Yang Maha Esa sangat cantik . Oleh itu amat perlu bagi kita untuk mengawal keinginan yang datang daripada terpesonanya kita dengan kecantikan tersebut. Dalam kontek menjaga dan menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram ini , suka untuk saya ingatkan kepada kita bahawa adakalanya kita sering terlepas pandang akan masalah ini . Semasa menonton cerita Korea misalnya , sedar atau tidak kadang-kadang kita asyik dibuai dengan wajah-wajah artis Korea yang "hensem" dan "comel-comel" ni.... daripada rasa kagum itulah ada segelintir daripada kita yang terlalu obses dan fanatik dengan artis-artis Korea . Tak cukup dengan menghadap depan laptop 16 jam sehari (biasanya cerita Korea ni ada lebih kurang 16 episod untuk satu full drama pendek ) , sehingga ke Profil Picture kat Muka Buku pun diletakkannya gambar artis-artis korea pujaan ! hmm... sabar jelah . (actually saya juga pernah melakukan hal tersebut suatu ketika dahulu T_T ) 


( okeh . bukan seperti yang anda bayangkan . sebenarnya saya sign in muka buku semata-mata nak tukar profil pic ni untuk enrty saya kali ni =P )


Dah tu tak boleh ke tengok cite Korea ni ???

Bukanlah saya kata tak boleh , tapi sebaiknya berpada-padalah dalam mencintai sesuatu itu...

"Janganlah cintamu itu berlebihan , dan jangan pula marahmu itu merosakkan" - Saidina Ali-

Janganlah sampai bila kita tengok sesuatu tu menyebabkan kita berkeinginan terhadap sesuatu itu (melihat dengan pandangan syahwat) kerana ia dikira sebagai zina hati... bila kita terlalu obses dengan cerita Korea ni jugak , bukan sedikit daripada kita yang cenderung "mengantung" gambar-gambar artis ni kat wall-wall bilik mahupun muka buku =.=" banyaaakkkkk ! 

"Wahai Ali, janganlah pandangan pertama kau ikuti dengan pandangan berikutnya. Untukmu pandangan pertama, tetapi bukan berikutnya." (HR Abu Daud , disahihkan oleh Al-Hakim sesuai dengan syarat Muslim)

Secara sedar atau tidak juga , kita terlalai dalam mengamalkan "gadhul bashar" ni... bila tengok cerita2 Korea je .., hati jadi berbunge-bunye ♥ ♥  nak2 pulak kat part romantik dia.. betul x? (pengalaman sendiri ni) Lantas hati pun mulalah membayangkan andai diri kite sendiri yang berada dalam keadaan tersebut.. Ohh ! Alangkah indahnya !! ^_^ tapiii kaannnn awak , awak tahu tak awak dah "melangkah" setapak ke arah dosa? 

Alhamdulillah.. nasib baik awak cepat beristighfar... =)

awak , cintai cerita Korea awak tuu seadanya okeh ? jangan memuja-muja... bakal zau'j awak lagi "osem" dan "hensom" tau ! hehehe... sebab dia lagi romantik , dia boleh bawa awak ke syurga , setakat ke bulan bintang macam hero2 Korea tu apalah sangaattt kan? ekeke =P


Akhir kalam : "kamsahamida ! (sbb baca entry ni =P )

= JOM SEBAR DAKWAH ! =







24.1.12

nasib ALLAH tak macam kite ♥

mujur ALLAH tak macam kite...
kite ni suka dendam.... payah nak maafkan kesalahan orang kat kite..
maafkan mungkin , tapi payah nak lupakan kan?
ape orang cakap? hm.. "forgive but never forgot" ye ?
erm..., hati kite ni keras sangat kan ?
tapi kan awak.... Nabi SAW cakap , orang yang hatinya keras ni ialah orang yang paling jauuuuhhhh dengan ALLAH SWT ! ='(



ALLAH SWT  Maha Pengampun . Yup , kite bukan tuhan yang "Maha Pengampun"

tapi kan awak ... Nabi kite Rasulullah SAW pun seorang yang pemaaf . Nabi tak pernah berdendam dengan orang2 yang memusuhi dan mengkhianati Nabi SAW . Sewaktu Nabi berdakwah di Taif , Nabi dilontarkan dengan batu sehingga berdarah dahi Nabi . Then adakah Nabi pergi marah-marah anak-anak kecil yang melontarkan batu ke arah Nabi SAW? Tidak sama sekali ! Bahkan Rasulullah SAW mendoakan mereka agar memperoleh hidayah ALLAH SWT . =) Baik kan Nabi kite ? ^^

Kali ni saya nak mengajak anda untuk bermuhasah tentang betapa Maha Pengampun dan Pengasihnya ALLAH terhadap kite...

Awak , pernah awak dengar kisah Qarun yang ditenggelamkan bersama-sama harta-hartanya ? =)

Awak tahu tak , Qarun ni angkuh tau dengan kekayaan dan hartanya...
Qarun kufur dengan kekayaannya meskipun Nabi Musa a.s memintanya supaya bertaubat tetapi Qarun menolak dengan angkuh dan sombong  ! Nabi Musa a.s kemudiaannya berdoa kepada ALLAH SWT supaya bumi menelan Qarun ke paras lututnya.

ALLAH kemudiannya memperkenankan doa Nabi Musa a.s dengan menenggelamkan Qarun ke paras lutut namun Qarun masih belum mahu bertaubat. Nabi Musa berdoa lagi supaya menelan Qarun sehingga ke paras leher .

Pada ketika itu Qarun berkata . " Wahai Musa , wahai musa....."

Pada ketika itu jugalah ALLAH menurunkan malaikat dan menegur Musa : "Wahai Musa , kalau Qarun ini memanggil nama-KU akan kujawab taubatnya."

SubhanALLAH.... betapa Maha Pengampunnya ALLAH SWT =')

meskipun Qarun bersikap angkuh dan kufur dengan kekayaan yang dimilikinya , ALLAH tetap mengasihi Qarun..... T_T

Cuba kita muhasabah diri kita semula.... Adakah kita memiliki sifat suka memaafkan kesalahan orang lain ?
kita bukan TUHAN sekalipun , kesalahan manusia lain kepada kita bukanlah apa-apa kalau nak dibandingkan dosa kita dengan ALLAH SWT....

Oleh itu , marilah kita mengamalkan sifat saling memaafkan kesalahan insan lain....

dalam sebuah hadis sahih , dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri memohon taubat sebanyak 100 kali sehari...Subhanallah... sedangkan Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang yang maksum... dosa Baginda sebelum dan untuk masa-masa akan datang telah dijanjikan oleh ALLAH telah diampunkan ! Masyallah... Hebatnya Rasulullah.. =')

Akhir kalam , saya nak mengajak ukhti2 dan soddiqi semua untuk merenung sebuah hadis ini.. betapa Maha Pengampunnya ALLAH SWT yang sentiasa menerima taubat hamba-hambanya.... Subhanallah . Allahuakhbar . Alhamdulillah .



إِنَّ اللهَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِيئُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِيئُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا


Sesungguhnya, Allah Ta’ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Allah membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di malam hari. Begitulah, hingga matahari terbit dari barat.” (HR. Muslim, no. 2759).

  Dari manusia secara umum. Rasulullah menyatakan,

الْهِجْرَةُ لاَ تَنْقَطِعُ حَتَّى تَنْقَطِعَ الْتَوْبَةُ وَلاَ تَنْقَطِعُ الْتَوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
Hijrah tidak terputus sampai terputusnya taubat dan taubat tidak terputus sampai matahari terbit dari sebelah barat.” (Diriwayatkan Abu Daud, no. 2479 dan Ahmad dalam Musnad (3/99) dan dishahihkan dalam Shahih Al-Jami’, no. 7469).







20.1.12

untuk awak , gadis solehah yang comel ♥

Buat awak.....
yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!
Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …
Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...
siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …
hmmm... tunggu la....hehe...




Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”


awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel  !” ???
hmm...tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu???
hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je .sebagai satu Motivasi buat awak...!
hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah
jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...
hmm...betul ni.... boleh hilang........ ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... 
hehe...it is simple kan...!? ... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....!
sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....




Awak & fitrah awak....
Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak  ...oh ya ka.... hmm awak kan lebih pandai dalam mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju
cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...


~~hellooo..!!!


....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....
hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...
yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk
cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum  .... aha...! suka juga
pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke
kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?
Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik
sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!


hehe...itu kan fitrah.....


Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak
komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan
pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak
kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk
tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini
hensem & cool...kan...kan.....kan....
hehe...itu kan fitrah....
Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...
apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta
yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best
je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?
hehe itukan fitrah...
Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn
mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni
macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe
'feeling' la tu....


hehe itukan fitrah....


Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?
..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan
keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat” kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..


Hellooo..!!!~~


tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman
awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....


Hellooo.........!!!~~


tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje
lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best
tau...hehe
aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang
kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga
kan.. 


biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...


Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?
Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....
awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej....
sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu
kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...
baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool
nye...cool nye.....~~aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatladengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....….itukan fitrah...


Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape
tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....
Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade
seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab
ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan
suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut
menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....!  aduh, Cadbury tu
da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......
~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab
awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah
cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair
semudahnye kan....hehee...
...nasib baik awak teringat kembali.....


hehehe...itukan fitrah.....


tup...tup...tup....
erk...!
“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...” huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang munculkan....….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hatimereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak...Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...
“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ~...wah...awk bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...
grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap
kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,) eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian & penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....
.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!
.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..


hmm...FITRAH dan FITNAH...


hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena
jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan
inspirasinya dengan sabda baginda..:


---------------------------------------------------
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
-----------------------------------------------------


....alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak
kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS
Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu.... 
… ...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)
(^^,)..(^^,)...(^^,)...alhamdulillah....dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....
mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah
dibua-buai....?


…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang
“cute-cute”....


betul tak awak?


disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......
bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya
berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...
kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...
Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg
lain pasti sedang menanti awak...


macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah
pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....


------------------------------------------
so...


bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada
masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang
yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
memperdaya kelembutan awak itu...?


tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
menyempurnakan misi-misi agamanya?


dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...
selalu bermujahadah & menantikan awak....
dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....
kerana....dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! 


(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))
p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu 




♥ sebuah artikel yang indah saya CP dari muka buku =)