I made this widget at MyFlashFetish.com.

24.6.12

jangan jadi dai'e gedik

Bismillah...

Alhamdulillah, harini ana dapat suatu tarbiah daripada FB...(kejap lagi ana cerita) dan alhamdulillah jugak semalam (24 Jun 2012) merupakan detik paling istimewa dalam sejarah perjuangan Islam kerana Mesir telah dapat dikuasai semula oleh wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lalu.. Alhamdulillah, walaupun dikhuatiri akan wujudnya konspirasi untuk menidakkan kemenangan Mohammed Mursi, tapi ALLAH telah menakdirkan kemenangan berpihak kepada orang yang mahu memperjuangkan Islam.. benarkan janji-janji ALLAH? =)

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An-Nur:55)




(kalau tengok luaran pun, kita dah dapat agak Mohammed Mursi ni seorang yang humble kan? )



Alhamdulillah... begitu besar kuasa ALLAH dalam mengaturkan kehidupan hamba-hamba-NYA, sekuat mana sekalipun kita merancang, tapi kalau ALLAH tak izinkan perkara tersebut berlaku, memang tak kan berlaku jugak =D

Insya-ALLAH berbalik kepada isu "Jangan Jadi Dai'e Gedik"

Lumrah manusia..memang selalu terlupa dan lalai... mujur ada yang mengingatkan.. dan nasib baiklah ada insan2 di muka buku ni yang selalu menge"post" artikel2 yang menyedarkan diri kembali ke landasan perjuangan... Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita, tadi sempat melilau-lilau di wall Hilal Asyraf... dan terjumpa status Hilal Asyraf yang berbunyi....






hmm.. ada benarnya kata-kata tu, muhasabah yang baik untuk kita para dai'e sebenarnya..

pelik, sangat-sangat pelik sebenarnya kenapa orang selalu berkata tentang "tulang rusuk kiriku" atau "aku tulang rusuk kirimu" =.=

memang dulu, ana pun macam tu.. Alhamdulillah setelah sedar bahawa hidup ni bukannya hanya untuk "sweet-sweet cinta selepas nikah" dan "engkau imam, aku makmum" ana memahami hidup ni merupakan suatu perjuangan tanpa henti!! Perjuangan yang menuntut kita tentang erti pergorbanan, erti usaha.. kalau hidup ni hanya berkisarkan cinta "islamik" atau "nikah muda", di mana perjuangannya?? 

Ana sangat tertarik dengan kata-kata Ustaz Hasrizal ketika ditanya tentang saranan untuk "nikah muda".. kata ustaz, memanglah tak salah kalau kita nak menikah muda, tapi biar penat berjuang dulu... (lebih kurang macam ni lah... kalau tak salah ana, buku "Bercinta Sampai ke Syurga" karya ustaz... dan bagi ana sendiri untuk para dai'e yang "faham agama" ni berbanding mad'u, sudah tentu gerak kerja Islam yang terlalu sibuk ini tidak mengizinkannya lagi... dan paling menyedihkan tu... disebabkan angau-angau ni, kita jadi lemah dalam perjuangan kita...

tertarik dengan suatu post...




pernah buat tak?
tak pernah...?
Alhamdulillah...ana macam pernah je... keh3 =P
terkena kat diri sendiri ni.... Alhamdulillah,
walaupun "pedas", tapi terkesan di hati...
muhasabah diri balik ye =)


Ana nak "highlight"kan beberapa buah komen yang ana rasakan baik untuk muhasabah para dai'e..






nak buat kesimpulan panjang sangat pulak kan, baca sendiri memang best..
jom para jundullah, kita bermuhasabah sejenak...
perbaharui niat kita.... =D






p/s : rasanya nama blog ni iaitu "bersaksi cinta di atas cinta" macam nak kena tukar je.. =) macam jiwang sangat kan untuk "orang yang nak berjuang" ni... insya-ALLAH akan ditukar apabila ada masa nanti.... ^^




21.6.12

kita jundullah yang asing





Kadang-kadang, diri tertanya-tanya.... Ya Allah... kenapa ENGKAU letakkan aku di sini??
di tempat yang semua orang nampak sangat asing pada pandangan mataku....?
bukan sekali hati mengeluh.. acapkali, namun... hati selalu yakin.. ada sebab Allah letakkan diri di sini.... PASTI !

Saat hati mengeluh kepada Allah, melihat betapa indahnya keluarga mukmin dan mukminah yang mereka bina, hati tertanya-tanya, kenapa bukan aku dilahirkan dalam keluarga begitu..? keluarga yang fikrahnya lurus menghala ke jalan cinta-NYA... Ya Allah, sering diri ini tersalah sangka kepada-MU..... Ampunilah hamba... =(

kusoroti kisah perjuangan Rasulullah SAW... bukankah Rasulullah SAW juga hadir di kalangan mereka yang asing....? begitu teruk Rasulullah SAW dihina, dipulau , cuba dibunuh, dan berbagai-bagai dugaan Rasulullah SAW hadapi... Sedangkan diri, baru diuji dengan kata-kata fitnah dan hinaan orang sudah mahu lemah.... Wahai diri, ingatlah ayat Allah...



"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman". (Al-Imran:139)


Wahai diri, jangan difikirkan semua mereka yang memandangmu seakan-akan kamu makhluk asing... Bukankah Islam itu bermula dalam keadaan dagang (asing) dan akan berakhir dalam keadaan dagang (asing) ?

Wahai jundullah, kita ini belum lagi berjuang kalau tak diuji dengan mehnah dan trubulasi-NYA... Ini baru permulaan. Jadi, tabahkan hati !


"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"  (Al-ankabut:2)


Aku mahu menjadi seperti Aisyah ra isteri firaun, yang tak lena dengan kesenangan dunia.. hadirnya wanita penuh beriman itu dalam kalangan mereka yang ingkar dengan perintah Allah... kuatnya dia, tabahnya hati Aisyah meskipun suami sendiri mengaku Tuhan, tinggal dalam istana yang serba indah namun hati tetap tawadduk dan mengingati Allah sehingga sering bibir basah memohon doa agar dibina sebuah rumah di sisi ALLAH di syurga.....

Aku juga mahu menjadi seperti Khaulah al-Azwar.., wanita pertama yang turun berperang mengatasi kegagahan lelaki demi menyelamatkan abangnya yang tercinta....

Aku mahu menjadi seperti Nusaibah, muslimah yang kental semangatnya melindungi Rasulullah SAW... meskipun kutahu aku tidak berkesempatan untuk bersama-sama Rasulullah SAW dalam medan peperangan dan melindungi Rasulullah SAW daripada pedang-pedang tentera musuh... Tapi aku berjanji, rantai perjuangan Rasulullah SAW akan aku sambungi...

Allahuakhbar !! Hebatnya wanita-wanita muslimah itu... Aku mahu seperti mereka Ya Allah... Jadikan aku manusia yang tidak mudah lemah.....










7.6.12

Husnuzan (Berbaik Sangka)

"Ya ALLAH.... ni kenapa basah habis ni?? kan ustazah dah kata, jangan turun ke laut..."

"takde ustazah, dia tolak saya " (sambil menunding jari ke arah rakannya)

"ehhh...eh..., mana ada ustazah, dia sengaja terjun laut tu sendiri.."

"...hisskkk budak2 ni, orang dah cakap jangan turun laut, degilll.... kan dah basah habis baju tuu.. iskk...sengaja lani kan....hmmm..NAKAL betul " (mengomel dalam hati..)



*tiba2 terfikir... "eh, budak2 mana tahu menipu..." dan satu suara seakan-akan berbisik... " hmmm yelaa tuu, budak2 sekarang pandai kott menipu...jangan percaya sangat, mesti dia yang sengaja terjun tuu"








di suatu sudut, ternampak budak yang dimarahi tadi tengah duduk tepi pondok makan ditemani oleh seorang budak perempuan, kawannya.

terketar-ketar tangannya menguap makanan ke dalam mulut. Sejuk barangkali... habis basah seluruh baju dan seluar.., mahunya tak menggeletar?

"tulah, kan ustazah dah cakap, jangan mandi laut... hmm.. sejuk tak ni? " (ciss...tanya lagi kau azura!)

"ha...sejuk..." (nada sayu)

"bawa baju lebih tak ni??? " (ada sedikit nada marah di situ... tak puas hati lagi ni...)

"tak da, tadi abang dah suruh ayah hantarkan baju..... (nada sayu lagi...)

hmmm...kesian pulak tengok muka dia... innocent kemain....

"tunggu kejap, ustazah pergi ambil jaket dalam moto.... "





5 minit kemudian...,

"nah, pakai ni...sejuk lagi tak?" (sambil menghulurkan jaket)

"ha'ah..." (sambil menganggukan kepala)

"dah tu, siapa suruh terjun laut tadi? kan dah basah semua ni... ya ALLAH budak ni..." ( tak habis lagi berletiaq.. haha )

kawan perempuan di sebelahnya : "bukan dia terjun laut lah ustazah, tadi Mie (bukan nama sebenar) yang tolak di masuk laut...."

zaaapppp! tersentap !

"eh? yeke....? " (buat mata terkebil-kebil)

"ha'ah..." jawab budak perempuan tu...

_____________________________________



ok... speechless... :l


Ya ALLAH.... serba salahnya.... budak tu dah cakap dah tadi, bukan dia yang masuk laut, kawan dia yang tolak... kenapa dengan hang ni Azura? T.T

tak pasal2 berprasangka buruk dengan orang, belum apa-apa lagi dah jatuhkan hukuman...hmmm =(

cebisan kenangan sewaktu Program Santai Iman haritu, walaupun sekejap, banyak mengajar diri ini tentang banyakkkkk perkara yang tak ada dalam dewan kuliah... Allahurabi.... walaupun mereka tu hanya budak2, tapi ALLAH bagi banyak tarbiah untuk diri ini melalui mereka, pentingnya untuk BERSANGKA BAIK kat semua orang....

#entah kenapa, bukan nak berprasangka buruk, tapi mungkin sebab KEPERCAYAAN tu sesuatu benda yang mahal untuk dibagi kat orang kot... =.= dan belajar dari pengalaman, bukan semua orang kita boleh percaya... hmm... walau apa2pun, x elok tau berprasangka buruk kat orang ^_^

ALLAH berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ialah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari  kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH adalah al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
-Surah al-Hujurat :12-







27.5.12

~Terima Kasih Ustazah~

the sweet moment is when your student call you "cikgu" , but the precious moment to me is when someone call me "ustazah" ^_^

Subhanallah. . .  betapa bahagianya rasa hati ni dapat gelaran tuu.... sepanjang balik dari kem, asyik tersenyum jee... hehe. . . walaupun kadang-kadang rasa diri ni tak layak, tapi . . . memang rasa bahagia sangat andai panggilan "ustazah" tuu jadi kenyataan.... =) insya-ALLAH . . . rasanya panggilan tuu lagi sweet daripada panggilan "cikgu" yang selama ni ana teringin nak dengar anak-anak murid panggil... memang pengalaman selama setengah hari ni walaupun sekejap, tapi bawa banyak kenangan manis dalam hidup. . .

Vanue:  D'Memori Gertak Sanggul, Penang.
Date  :  27 Mei 2012



                               




game : radio buruk. . 
pandai betul main tipu anak-anak murid ustazah ni.. (-_-")



nama : Muhammad
cita-cita : Ustaz (^_^)
insya-ALLAH ustazah doakan agar Muhammad jadi seorang ustaz suatu hari nanti =)


sangat comel budak ni. . . walaupun yang paling kecik , tapi menang dalam acara 
tarik tali.. kecik-kecik cili api ni =)


group Ustazah (^_^)


majlis ilmu kali ni, muslimin mendominasi kem =) Alhamdulillah...







last but not least...





the very PRECIOUS things that i had in this university is....


seikhlas hati =)

" PMIUSM.... We Love, We Care ! "




















7.5.12

Ingat Pesan Mak

"belajar rajin-rajin"

Dua patah perkataan yang selalu menghantar dia bersama-sama sebuah beg yang disandang. Bukan dia tak ingat pesan mak, bahkan setiap kali mak hantar dia balik ke universiti selepas cuti sem, ayat itu yang diulang oleh mak. Belajar rajin-rajin. kadang-kadang akal jahat tu tertanya-tanya jugak, "mak, ade ke orang cakap : belajar malas-malas?" hehehe. . .  sejenak cuma. kemudian dia beristighfar.. "ish. . . tak baik fikir mak macam tu, mak betul-betul nak aku belajar sungguh-sungguh ni. . .  mak mesti tak sabar nak datang raikan aku masa hari grad. . .  aku MESTI belajar rajin-rajin ! ! ! " 




Yeah . . . itu janjinya sewaktu melangkahkan kaki ke menara ilmu ini. Segar pesanan mak setiap pagi. Dia nak jadi anak yang solehah, nak berjaya dunia dan akhirat. Insya-ALLAH. 

Tapi. . . 

ternyata kehidupan di menara ilmu ni bukanlah sekadar menuntut ilmu, macam yang disangkanya. Sebelum dia menjejakkan kaki ke sini pun dia sudah mula sedar akan pentingnya dia untuk kembali kepada Islam. Mungkin dulu dia jahil , nama je orang Islam katanya. . . yang dia tahu, solat lima waktu jangan sesekali tinggal..!

memang hidup sebagai seorang muslim sejati itu tak terhenti setakat itu sahaja , bila dia mula melibatkan diri dalam gerak kerja Islam, dia mula sedar, dia masih punya banyak tanggungjawab di menara ilmu ini. Melihatkan masyarakat yang hanyut entah ke mana, menyebabkan masa belajarnya sudah mula dicuri sedikit demi sedikit. Sekarang belajar bukanlah tanggungjawab tunggalnya. Masih banyak lagi tanggungjawab untuknya di muka bumi ni. 

Masih ingat akan kata seseorang kepadanya : " seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah itu, tergalas baginya tanggungjawab untuk berdakwah"

dan ayat ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dialah orang itu ! Orang yang Allah SWT pilih untuk serta dalam misi perjuangan ini.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-taubah :71)

Semangat jihadnya tinggi. Dia ingin sekali mencapai keredhaan ILLAHI. . .  Subhanallah . . .

Tapi sedar tak sedar , dia semakin lupa akan pesan ibunya. . . 

keputusan semakin merosot. . .  Ya, bukan salah gerak kerja yang dilakukannya, tapi dia sedar salah dirinya yang terlalu leka sehingga mengabaikan pelajarannya . . 

Ayuh , bangkitkan semangat jihad itu semula ! Jihad dalam gerak kerja, jihad dalam pelajaran ! kedua-duanya penting... !!


12.2.12

Aku Mahu Setabah Mereka !

Ya Allah..
jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah
jadikan aku sahabat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??

Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun x akan rapuh
tetap teguh..

wahai kaum hawa..

kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau x setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau x semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!

Berpisahlah , andai itu yang terbaik !


(creadit pic : rusydee art)

Kerana ku yakin itu yang terbaik untuk iman kita..
Aku takut azab ALLAH melanda kita..
Syaitan itu hasutannya halus.. ku masih ingat pesan Rasulullah SAW ketika khutbahnya yang terakhir..

“Sungguh , syaitan telah berputus asa menyesatkan kamu dalam hal-hal yang besar , maka berwaspadalah akan hal-hal yang kecil..”

ALLAH tidak berkata “jangan berzina”  ..tapi ALLAH memulakan dengan ayat “..janganlah kamu menghampiri zina..”

Maka tahukah kamu kenapa kita ada ikhtilat yang perlu dijaga??

Aku bukanlah ahli sufi mahupun wali.. ternyata ku juga bisa tersalah langkah…

Sebelum ianya berlaku , biarlah kita mengelakkannya…

Kuyakin masanya masih belum tiba..

Untuk apa hadir kalau hanya sementara?

Aku takut jika kita bukan tercipta untuk bersama..

Lantas bagaimana mungkin kuhadapi insan yg telah tercipta untukku sejak di luh mahfuz kelak?

Kerana ku tidak yakin itu kamu…

Kuyakin janji ALLAH itu benar…

Sungguh ! Aku tidak mahu merosakkan imanmu…apatah lagi imanku..

kita ada perkara berharga untuk dijaga..

sebelum masanya tiba..

cukuplah cinta ALLAH mendampingi kita…





jika kita ditakdirkan bersama..

Aku mahu berjumpa denganmu dalam lafaz sakinah =)




p/s : entry yang agak ringkas.. ana tak tahu ada kesempatan atau tidak nak menulis entry lagi lepas ni..cuti sem dah nak habis.. insya-ALLAH , ada masa ana update... oh ya.., ana mungkin nak terminate muka buku..tapi page ana still ada... ana akan berdakwah di blog sahaja selepas ni.. mudah-nudahan suatu hari nanti dakwah-dakwah ana di baca oleh orang di luar sana.. ^_^